Tular video meruntun hati bila wanita India suap makanan kepada gadis melayu dengan keikhlasan

Oleh MUHAMMAD KHAIRY JALALUDDIN

Tular video meruntun hati bila wanita India suap makanan kepada gadis melayu dengan keikhlasan

Malaysia bertuah kerana meskipun hidup berbilang kaum, kita saling mengenali serta bertoleransi sesama sendiri.

Terbaru, sebuah video berjaya meruntunkan hati netizen apabila seorang wanita India membantu seorang pesakit Melayu di sebuah wad hospital,

Tular video meruntun hati bila wanita India suap makanan kepada gadis melayu dengan keikhlasan

Dia menyuapkan makanan kepada pesakit wanita Melayu itu dengan penuh keikhlasan.

Menurut lokasi video tersebut, difahamkan kejadian itu berlaku di Hospital Sultan Abdul Halim, Kedah.

Perkongsian pengguna TikTok @divyasree0605 itu membuatkan ramai terharu dan memuji tindakan wanita berbangsa India itu.

@divyasree0605 #fyppppppppppppppppppppppp #singlequeen🖤💋#goodsoulsforever ♬ emotional sad background(1383128) – MaxRecStudio

“Makcik Melayu ini menghidap kegagalan buah pinggang dan tidak dapat melihat, jadi ibu saya tolong suapkannya makan” tulisnya di kapsyen.

“Ramai orang baik”

Cats 7

Rata-rata netizen memuji tindakan wanita India tersebut malah ramai juga yang mengatakan mereka bangga dan terharu melihat sifat majmuk serta budaya tolong-menolong sesama kaum yang sangat harmoni itu.

Video berdurasi lebih satu minit itu membuatkan ramai yang tersentuh dan setakat ini ia telah mendapat lebih 650k tontonan serta 5k komen.

BACA: Lepas Misbun buat pendedahan rahsia dalaman BAM, BAM akhirnya ‘u-turn’