Tular video mayat jemaah haji bergelimpangan di mekah, rupanya ini puncanya

Oleh INFORAKYAT

Ramai jemaah haji yang kini berada di Tanah Suci menghadapi cabaran suhu panas yang melampau, yang telah menyebabkan beberapa jemaah meninggal dunia.

Lebih daripada 550 jemaah haji telah dilaporkan meninggal dunia pada musim haji kali ini akibat suhu ekstremdi Tanah Suci.

Kebanyakan kematian disebabkan oleh penyakit yang berkaitan dengan strok haba.

Menurut laporan Sinar Harian, sekurang-kurangnya 60 jemaah dari negara Jordan turut dilaporkan meninggal dunia, termasuk warga dari Iran, Indonesia, dan Senegal.

Ini menjadikan jumlah kematian haji pada tahun ini mencatatkan rekod baru sebanyak 577 orang.

Tular video mayat jemaah haji bergelimpangan di mekah, rupanya ini puncanya

Pihak kesihatan Saudi juga sedang merawat lebih daripada 2,000 jemaah yang mengalami strok haba.

Keadaan ini semakin meruncing dengan peningkatan suhu sekitar Tanah Suci yang mencatatkan kenaikan purata 0.4 darjah Celcius setiap dekad. Pusat Meteorologi Kebangsaan di Riyadh mencatatkan suhu tertinggi di Masjidil Haram mencecah 51.8 darjah Celcius pada Isnin lalu.

Jemaah haji cuba mengatasi kepanasan ini dengan menyiram tubuh dan kepala mereka menggunakan air botol yang disediakan sukarelawan di tempat-tempat ibadah. Para pihak berkuasa tempatan mengesyorkan agar mereka menggunakan payung untuk mengurangkan risiko strok haba.

Di samping itu, pihak berkuasa Saudi menghadapi masalah dengan kehadiran ‘jemaah tidak diundang’ yang cuba menunaikan ibadah haji menggunakan visa pelancong tanpa permit haji sah. Beberapa video yang tersebar di media sosial menunjukkan jenazah-jenazah di tepi jalan yang dikatakan disebabkan oleh cuaca panas dan keadaan sesak, yang mungkin disebabkan oleh kekurangan permit haji yang sah.

Menteri Kesihatan, Fahd Abdul Rahman al-Jalajel, menyatakan bahawa pihaknya sentiasa bersedia untuk memberikan rawatan cepat bagi mengelak penularan penyakit dan ancaman lain di kalangan jemaah haji.

Sebuah hospital maya telah menyediakan perkhidmatan untuk lebih daripada 5,800 jemaah, khususnya bagi yang mengalami masalah strok haba, untuk memastikan tindakan perubatan segera boleh diambil bagi mengurangkan risiko kesan yang lebih buruk.

Semoga urusan para jemaah haji dipermudahkan dan mereka dapat menunaikan ibadah dengan lancar dan selamat.

BACA: “Biaqla dia takyah kawin, susah aku satgi. Hat lain bukan boleh tulong aku pon, aku tak sedar bila air mata aku jatuh. Sebabkan duit mak tak izin aku kahwin”