Tular video mangsa banjir bawa bayi dalam besen mandian undang sebak netizen

Oleh AHMAD SULAIMAN

Jumlah mangsa banjir di Malaysia terus meningkat sejak pagi semalam, dengan mencatatkan seramai 119,701 individu yang terjejas di sembilan negeri

. Negeri-negeri yang terlibat adalah Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, Perak, Negeri Sembilan, Selangor, Melaka, dan Johor, melibatkan 38 daerah yang dilanda banjir.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), seramai 119,701 orang

Daripada 36,032 keluarga telah dipindahkan ke 697 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) setakat pukul 7 pagi.

Bencana banjir kali ini mendapat perhatian yang meluas, bukan sahaja melalui media arus perdana tetapi juga di laman sosial seperti TikTok,

Tular video mangsa banjir bawa bayi dalam besen mandian undang sebak netizen

Di mana banyak perkongsian mengenai situasi semasa di kawasan kediaman masing-masing.

Salah satu video yang tular di TikTok menunjukkan seorang ibu yang membawa bayi terapung dalam besen mandian.

Video itu mendapat perhatian ramai kerana ia amat menyentuh hati

. Bayi yang baru beberapa bulan itu kelihatan tenang dalam besen, dipayungi daripada hujan, dan hanya memandang wajah ibunya.

Video tersebut telah meraih lebih 3.8 juta tontonan, serta ramai yang meninggalkan doa dan kata-kata semangat untuk mangsa banjir.

Walau bagaimanapun, banyak komen juga menasihati agar berhati-hati ketika membawa bayi dalam besen mandian kerana terdapat kes-kes bayi yang hanyut dan maut dalam bencana banjir yang lepas.

Banjir kali ini dilaporkan lebih buruk daripada kejadian yang berlaku pada tahun 2014.

Tidak hanya di Kelantan, paras air di Terengganu dan Kedah juga semakin meningkat, berisiko sekiranya hujan berterusan.

Oleh itu, orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati, elakkan mandi dalam air banjir, dan mengawasi aktiviti kanak-kanak.

BACA: Teruk dikecam pakai baju kalimah Allah, artis Korea mohon maaf