Tular video lelaki OKU alih motor ganggu laluan jalan kaki orang buta undang reaksi netizen.
Contohnya seperti kecacatan yang membuatkan mereka sukar dan berbeza dengan kita.
Malah, golongan ini tidak mudah menjalani kehidupan seperti kita.
Namun, sebagai seorang rakyat yang bertanggungjawab, tidak ada salahnya kita membantu mereka lebih-lebih di tempat awam.
Tular sebuah rakaman memaparkan tindakan seorang lelaki orang kelainan upaya (OKU) mengalihkan sendiri beberapa buah motosikal yang menghalang laluan pejalan kaki telah mencuri perhatian ramai.
Alih sendiri motosikal yang meghalang
Menerusi video tersebut, difahamkan kejadian berlaku di sebuah stesen Transit Aliran Massa (MRT).
Dapat dilihat, lelaki tersebut merupakan seorang yang cacat penglihatan dan terpaksa menggunakan tongkat dan mengesan jalan yang disediakan.
Tetapi, ada beberapa buah motosikal yang menghalang laluan tersebut membuatkan dia terpaksa mengalihnya sendiri untuk mudah berjalan.
@mrranggapnnadia Kita akan terus kongsi berkaitan kesedaran tentang laluan tactile / hak OKU ya. I sentiasa sokong U 🥺🥹❤️ Proud of U sayang! Ayuh semua 💪🏻💪🏻 sediakan laluan tactile yang selamat untuk OKU penglihatan 💪🏻💪🏻 #mrranggapnnadia #raiseawarenessfortheblind #janganhalanglaluantactile #fyp #relationshipgoals #inspiredawesomelife ♬ suara asli – segalasumber
“Kenapa lah ada sesetengah manusia selalu ambil hak OKU” – Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka mengenainya.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.7M views, 154.3K likes dan 4,008 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
BACA:
Tular kononnya nombor plate FF2 bernilai RM638,000 pada kereta Bezza, sekali JPJ dedah kisah sebenar
“Ini cerita zaman bila?” Rafizi balas dakwaan Hadi, PKR ajak join kerajaan buat penyokong Pas malu