Tular video lelaki dedah kisah percintaan dengan Syura Badron, sekali ini respon padu tuan badan buat lelaki itu terdiam.
Penyanyi Syura Badron terkejut dengan video tular di media sosial tentang seorang lelaki yang dikenali sebagai Zaki Jinggo dari Kuantan, Pahang yang mendakwa pernah bercinta dengannya suatu masa dulu.
Menerusi video tersebut, lelaki tersebut menceritakan sejarah percintaannya bersama Syura.
Memetik laporan Harian Metro, Syura hanya mengetahui perkara itu selepas beberapa kenalan bertanyakan kepadanya mengenai individu terbabit.
“Mula-mula itu, saya memang terkejut sebab tak kenal dia langsung. Saya siap cakap dalam hati, siapalah mamat (lelaki) ni yang tiba-tiba mengaku pernah bercinta dengan aku?
“Tapi, apabila mendengar ceritanya dalam video itu sampai habis, barulah saya teringat pernah membuat persembahan di Kuantan pada 2001 lalu yang ketika itu saya baru jadi penyanyi dan popular dengan lagu Kasih Tidak Terjamah.
“Seingat saya, pada masa itu ada mengajak seorang peminat lelaki naik ke pentas untuk menyanyi bersama.
“Jadi, mungkin dia adalah Abang Zaki berdasarkan pendedahan ceritanya di dalam video itu,” katanya.
@bonraiz Wajib tonton habis!! Sambungan Part -2 Zaki Jinggo.. Sejarah bercinta dengan Syura dan berlakon orang giilaa.. @Mat Lipat @Jacky TV @Uzainizain @MatDin #bonraizuproduction #funny #fyp #raya2023 #InspirasiRaya #legend #artist #content #comedy ♬ original sound – bonraizu
Berdasarkan maklumat yang Syura ketahui, Zaki Jinggo agak dikenali ramai di Kuantan kerana personalitinya yang ramah dan suka menghadiri acara hiburan terutama persembahan nyanyian.
“Saya ada juga terbaca beberapa komen netizen di entri video itu yang memaklumkan Abang Zaki suka menyanyi dan dia memang selalu kelihatan di sana.
“Malah, ada juga netizen yang mendakwa Abang Zaki ini ‘tidak sihat’. Jadi saya fahamlah apa yang mereka (netizen) maksudkan dan menganggap pendedahan dibuat itu sebagai hiburan saja. Suami saya pun ketawa ketika menonton videonya.
“Apapun, saya mohon maaf kepada Abang Zaki sebab mungkin ‘nakal’ sangat ketika itu. Maklumlah, masih remaja lagi dah jadi penyanyi. Saya mula menyanyi ketika berumur 15 tahun,” jelasnya.
BACA: