Tular video Faizal Tahir ajar mualaf lafaz Syahadah, sejuk hati tengok

Tular video Faizal Tahir ajar mualaf lafaz Syahadah, sejuk hati tengok

Tular video Faizal Tahir ajar mualaf lafaz Syahadah, sejuk hati tengok. “Alhamdulillah, seronok tengok usaha sahabat.” Itu komen yang diberikan pelakon Ashraf Muslim terhadap usaha penyanyi Faizal Tahir yang dilihat mengajar seorang mualaf untuk mengucap dua kalimah syahadah.

Video mengenai perkara itu dikongsikan Faizal menerusi laman Instagram miliknya.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh Faizal Tahir (@faizal_tahir)

Tidak menyertakan penjelasan lanjut mengenai intipati video berkenaan, Faizal sebaliknya menulis maksud sepotong ayat Surah An-Nasr buat tatapan umum.

“Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah beramai-ramai, maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat. Surah An-Nasr (“The Help”).

Tular video Faizal Tahir ajar mualaf lafaz Syahadah, sejuk hati tengok

“SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH WALA ILAHA ILLALLAH WALLAHU AKBAR,” tulis Faizal.

Rata-rata yang menonton video itu merasa tersentuh hati dengan keikhlasan Faizal dalam membantu saudara baharu bagi mendalami dan mengenali agama Islam dengan lebih dekat.

“Alhamdulillah terima kasih bang membimbing saudara baru mengenal Islam.

“Alhamdulillah syukur, semoga Allah memudahkan urusan mendalami Islam pada saudara baru kita, amin.

“Bestnya, terbaik bang, nak menangis tengok.

“Respect you brother FT.

“Alhamdulillah, besar pahala bang,” komen sebahagian netizen.

Sekadar info, sebelum meneruskan kerjayanya sebagai penyanyi pop, Faizal pernah menyertai kumpulan nasyid Mirwana yang cukup popular dengan lagu Aku Tanpa Cintamu.

BACA:

Sampai basah Shila Amzah main air atas pentas GV, penonton perasan sesuatu pula

Kerajaan Perak bergolak lagi, MB dedah PN curi 4 Adun BN

Hadi Awang dikecam guna kiasan World Cup- “menang dah tapi pengadil tambah masa kecederaan”

CATEGORIES