Tular video cikgu siram pelajar tidur dalam kelas, sekali ini yang jadi

Oleh AHMAD SULAIMAN

Momen seorang guru wanita bertindak menyiram seorang pelajar perempuan yang meletakkan kepalanya di atas meja seperti sedang tidur ketika menulis

Tular di media sosial Indonesia. Menerusi video yang dimuat naik akaun Instagram @fakta.indo, kejadian ini dikatakan berlaku di wilayah Kalimantan Timur.

Menurut laporan Suara.com, guru tersebut dikatakan menyiram air selepas melihat pelajarnya meletakkan kepalanya di atas meja.

Tular video cikgu siram pelajar tidur dalam kelas, sekali ini yang jadi

Pelajar berkenaan terkejut lalu dia berhenti menulis sebelum ditegur oleh guru berkenaan. Kelihatan dalam video tersebut, buku nota pelajar itu basah dek kerana terkena air.

Tular video cikgu siram pelajar tidur dalam kelas, sekali ini yang jadi

“Kenapa awak tidur di sekolah? Kalau nak tidur di rumah, jangan pergi sekolah, belajar di sekolah,” kata cikgu itu.

Setelah pelajar tersebut bangun, guru itu mengangkat buku notanya untuk mengelak daripada terkena air.

Walaubagaimanapun, guru wanita itu mengambil keputusan untuk meminta maaf kepada orang tua pelajar berkenaan.

Susulan daripada kejadian itu, guru berkenaan akan dikenakan tindakan dan video berkenaan sudah tentunya mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

BACA:“Suami hanya akan meniduri aku lepas pulang dari kerja dan tinggalkan aku seperti perempuan langganan, rahsianya terbongkar apabila aku terbaca..”