Tular video amalan khurafat di Gunung Jerai, jabatan agama ambil tindakan. Bertindak atas aduan dan penularan video berdurasi seminit di TikTok yang memaparkan beberapa individu melakukan ritual khurafat di puncak Gunung Jerai, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK) telah memulakan siasatan terhadap kejadian tersebut, lapor pengarahnya, Datuk Mohd. Yusri Daud kepada Utusan Malaysia.
Kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 4 dan Seksyen 7 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Kedah Darul Aman) 2014 atas kesalahan doktrin palsu dan menghina atau menyebabkan dipandang hina agama Islam.
Jika sabit kesalahan, Seksyen 4 memperuntukkan denda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu. Manakala Seksyen 7 Enakmen yang sama memperuntukkan denda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Selain itu, pihak JHEAIK kini sedang mengadakan siri-siri penerangan di seluruh negeri berkaitan bahaya amalan khurafat kepada masyarakat. Mereka akan terus memberikan penerangan kepada masyarakat dan pada masa yang sama sentiasa memantau aktiviti-aktiviti keagamaan di seluruh negeri.
“Kita meminta agar masyarakat sentiasa peka dan menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti yang bercanggah dengan agama Islam untuk diambil tindakan,” katanya.
‘Ini semua khurafat!’ – Dakwa mandi di Tasik Dayang Bunting mampu dapatkan zuriat cetus perbincangan netizen. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.
BACA:
Muncul di Billboard New York, Tokti luah perasaan tak puas hati
Aishah luah perasaan, bukan semua boleh jadi macam Abby Abadi dan Norman
Konon kena sorok jin 20 hari, akhirnya doktor pakar ini dijumpai serbuan tangkap basah