Tular video 2 lelaki bercium dalam surau

Tular video 2 lelaki bercium dalam surau

Tular video 2 lelaki bercium dalam surau. Tindakan berani dua orang lelaki berkelakuan tidak senonoh di dalam sebuah surau di Pekan Banting, Selangor mengundang padah apabila perbuatan mereka berjaya dirakam melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sebelum dikongsikan di media sosial.

Bercium, peluk & buka seluar di surau

Menerusi satu ciapan berlampirkan video oleh Info Kuala Langat, kelihatan dua orang lelaki seperti baru sahaja selesai mengerjakan solat. Difahamkan, kejadian terbabit berlaku pada 25 Oktober lalu.

Namun, apa yang membangkitkan amarah netizen adalah salah seorang daripada mereka mula memegang dan meraba ‘rakannya’ di dalam surau terbabit. Di dalam video berkenaan turut kelihatan mereka bercium sebelum membuka seluar.

Bimbang perbuatan diketahui, kedua-duanya sempat bersalam dengan jemaah yang berada berdekatan mereka sebelum keluar. Namun sehingga kini tiada laporan lanjut mengenai kejadian tersebut.

Tular video 2 lelaki bercium dalam surau

Video berdurasi seminit 50 saat itu meraih lebih 100 ribu tontonan dan mendapat lebih 1259 tanda suka di Twitter.

Video penuh

‘Dah ‘pegang’ lepas tu salam orang’

BACA:

‘Influencer’ iras anak patung ini bakal takluk kerusi Parlimen Batu

Caprice akui ada masalah mental, terpaksa jumpa psikiatri

Tawaran gaji hingga RM9000 di pelbagai syarikat, hadir ke temuduga khas ini

CATEGORIES