Tular rumah RM30 Juta di tingkat 65 kawasan tengah bandar KL

Tular rumah RM30 Juta di tingkat 65 kawasan tengah bandar KL

Tular rumah RM30 Juta di tingkat 65 kawasan tengah bandar KL.Unit tunggal penthouse 8 Conlay oleh KSK Land dijual pada harga RM30 juta.

Menurut syarikat hartanah itu, unit berkenaan terletak di tingkat 65 menara Hotel Kempinski.

“Pembeli tersebut teruja dengan kediaman seluas 8,742 kaki persegi itu kerana ia menawarkan pemandangan 360 darjah bandar yang menakjubkan, servis Hotel Kempinski serta lokasi strategik di pusat bandar Kuala Lumpur,” katanya dalam kenyataan, tanpa mendedahkan identiti pembeli berkenaan.

KSK Land turut mengumumkan penyiapan struktur Menara B kediaman berjenama berkembar 8 Conlay, YOO8 yang diservis oleh Kampinski.

Ketua Pegawai Eksekutif KSK Group dan Pengarah Urusan KSK Land, Joanne Kua berkata, pihaknya mendapati bahawa minat pasaran untuk hartanah ultra-mewah di Malaysia seperti YOO8 kian meningkat, daripada pembeli dari luar mahupun dalam negara.

Tular rumah RM30 Juta di tingkat 65 kawasan tengah bandar KL

“Di peringkat domestik, kami telah merekod pertumbuhan sebanyak 10 peratus dalam nisbah pembeli tempatan daripada 30 peratus ke 40 peratus sejak beberapa tahun yang lalu.

“Situasi ini telah didorong oleh ketidakstabilan pasaran antarabangsa yang telah menggalakkan individu bernilai bersih tinggi untuk melihat pasaran hartanah Malaysia sebagai pasaran yang selamat untuk pelaburan,” katanya.

Beliau menambah, permintaan kediaman berjenama di Asia kekal teguh sejak beberapa tahun lalu dan menjangkakan situasi itu akan mendapat lebih banyak daya tarikan tatkala sempadan anatarabangsa dunia dibuka semula.

“YOO8 di 8 Conlay akan terus menarik minat pelabur yang cenderung untuk mempelbagaikan portfolio pelaburan mereka dengan kediaman berjenama.

“Kualiti binaan projek yang tinggi, perkhidmatan dan kemudahan gaya hidup mewah bersepadu serta pengurusan hartanah premium yang diasah oleh Kempinski, akan memastikan peningkatan modal YOO8 yang teguh. Tambahan pula, lokasi pusat projek ini mempunyai ketersambungan ‘hyperlocal’ ke mercu tanda komersial dan pelancongan bandar,” jelas beliau.

KSK Land menjangkakan penyiapan Menara A YOO8 pada awal 2023, dan Menara B YOO8 pada hujung 2023. Ia diikuti dengan ruang komersial yang dijangka siap pada separuh pertama 2023 serta 8 Conlay Kempinski Hotel yang dijangka siap pada separuh pertama 2024.

Sehingga kini, kediaman berjenama berkembar YOO8 telah mencapai nilai pembangunan kasar (GDV) terjual melebihi RM1.56 bilion (AS$355 juta) dengan kadar pengambilan Menara A YOO8 pada 80 peratus dan Menara B, 40 peratus.

BACA:

Jemaah haji dari Malaysia ‘kantoi’ menipu tahap kesihatan, ada penyakit kronik

‘Move’ Jokowi bakal jadikan Indonesia kuasa baharu dunia?

Range Rover milik ‘influencer’ terkenal kena tarik selepas gagal bayar

CATEGORIES