Tular penduduk kampung bina masjid sebijik macam Kaabah

Tular penduduk kampung bina masjid sebijik macam Kaabah

Tular penduduk kampung bina masjid sebijik macam Kaabah. Penduduk Desa Mukapayung, Kecamatan Cililin, Bandung Barat menjadikan rekaan Kaabah sebagai rujukan untuk membina masjid baru, sekali gus dapat melepaskan rindu mereka ke atas kota Makkah.

Dalam perkongsian yang dimuat naik oleh @terangmedia, dapat dilihat yang masjid tersebut dibangunkan hampir sama seperti Kaabah yang menjadi kiblat buat seluruh umat Islam di dunia, lapor ohmymedia yang menukil rencana daripada Suara.com.

Dalam perkongsian yang dimuat naik itu jelas dapat dilihat yang masjid tersebut dibangunkan hampir sama seperti Kaabah.

Menurut kapsyen yang ditinggalkan, ia dibuat sebegitu rupa supaya dapat melepaskan rindu terhadap kota Makkah yang jauh beribu-ribu kilometer dari Indonesia.

Melihat dari hantaran yang dibuat itu, masjid berkenaan turut dicat dengan warna hitam dan berbentuk kotak.

Tular penduduk kampung bina masjid sebijik macam Kaabah

Walau bagaimanapun ia masih belum siap sepenuhnya.

Difahamkan oleh ohmymedia, pembinaan masjid tersebut sudah mendapat tindak balas yang pelbagai daripada netizen kerana terkejut melihat persamaannya.

BACA:

Mesut Ozil solat jumaat di Masjid Jakarta jadi perhatian

KL banjir besar lagi, Masjid Jamek sikit lagi nak tenggelam

Angkasawan tergamam lihat Makkah dan Madinah terang benderang dari angkasa lepas

CATEGORIES