Tular Hotel Concorde Kuala Lumpur bakal dijual RM700 juta, rupanya ada plot twist

Oleh DAHLIA MARZUKI

Sebelum ini, terdapat khabar angin yang mendakwa Concorde Hotel Kuala Lumpur bakal dijual,

sehingga mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan pengunjung tetap hotel tersebut.

Namun, pihak pengurusan Ampang Hotel Sdn Bhd segera menafikan dakwaan ini dan mengeluarkan kenyataan rasmi melalui media sosial bagi meredakan keresahan.

Dalam kenyataan yang ditandatangani oleh Pengerusi Ampang Hotel Sdn Bhd, Tan Sri Sallehuddin Mohamed,

beliau menegaskan bahawa Concorde Hotel Kuala Lumpur tidak akan dijual.

Tular Hotel Concorde Kuala Lumpur bakal dijual RM700 juta, rupanya ada plot twist

Beliau turut menyatakan bahawa hotel ini telah menunjukkan prestasi yang kukuh dan akan terus menyediakan perkhidmatan kepada para tetamu.

Kenyataan itu juga mengucapkan terima kasih atas sokongan yang diberikan oleh tetamu dan rakan perniagaan setia mereka.

Dengan dedikasi dan sokongan berterusan, Concorde Hotel Kuala Lumpur akan terus komited untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang.

Sebagai hotel yang telah melalui proses penjenamaan semula daripada nama asalnya, Merlin Hotel, Concorde Hotel Kuala Lumpur kini sudah beroperasi selama 33 tahun dalam industri perhotelan.

Hotel ini bukan sahaja terkenal sebagai salah satu penginapan ikonik di tengah-tengah Kuala Lumpur, tetapi juga menjadi pilihan utama pelancong.

Dalam kenyataannya, Tan Sri Sallehuddin menegaskan bahawa mereka akan terus meningkatkan perkhidmatan dan memperluaskan tawaran untuk memastikan setiap tetamu menikmati pengalaman yang luar biasa.

Walaupun khabar angin mengenai penjualan Concorde Hotel telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan tetamu setia, kenyataan rasmi ini membuktikan bahawa hotel tersebut kekal komited untuk menyediakan perkhidmatan terbaik kepada para pelanggan.

BACA: ‘Aku bukan penyokong, aku tak kutuk live macam tu’ Diva AA sekolahkan Hot Fm