Tular gadis cantik pegang sepanduk cari jodoh, lelaki single kena tahu ni

Oleh BURHANUDDIN ABD RAZAK

Menjadi lumrah dalam kalangan kita tidak kira lelaki ataupun wanita ingin mencari teman hidup.

Tidak semua dalam kalangan kita berhadapan dengan jalan yang mudah

Untuk mendapat teman hidup malah ada yang perlu menanti dalam tempoh yang lama.

Tular gadis cantik pegang sepanduk cari jodoh, lelaki single kena tahu ni

Oleh itu, kita bukan sahaja perlu menanti malah turut berusaha dalam mencari jodoh berkenaan menggunakan apa jua cara. Inilah apa yang dilakukan oleh seorang wanita dari Sudan dalam misi mencari jodohnya.

Baca juga: Isteriku Guruku, Beza 25 Tahun Rupanya Berjodoh Dengan Guru Sendiri!

DAH LAMA SANGAT SINGLE, WANITA BAWA SEPANDUK CARI JODOH DI LAMPU ISYARAT

Begitu juga dengan kisah seorang wanita dari Sudan ini yang sanggup mengelilingi bandar Khartoum sambil membawa sepanduk semata-mata untuk mencari calon jodoh.

Dilihat mengenakan hijab berwarna merah jambu, foto wanita berkenaan sambil berdiri di sebelah lampu isyarat serta memegang sepanduk telah menjadi tular dan bualan orang ramai di media sosial.

Melalui foto yang tular itu, jelas dapat dibaca tulisan yang ditulis di atas sepanduk yang dipegangnya.

“Saya mahukan pengantin lelaki. Saya nak kahwin. Saya terima poligami”.

Tular gadis cantik pegang sepanduk cari jodoh, lelaki single kena tahu ni
SIAP LETAK NOMBOR TELEFON

Bukan itu sahaja, wanita itu juga turut menulis nombor telefon bimbitnya di bahagian bawah pada sepanduk itu. Tindakan wanita tersebut pantas menjadi bualan ramai, khususnya dalam kalangan penduduk tempatan di bandar tersebut.

Menurut laporan Gulf News, Sudan melaporkan penurunan ketara dalam kadar perkahwinan dan peningkatan yang ketara dalam bilangan perceraian.

Pada 2020, kadar perkahwinan menurun sebanyak 21 peratus berbanding 2018. Negara itu merekodkan 142,949 perkahwinan pada 2020 berbanding 180,563 pada 2018.

Situasi ini turut mendapat perhatian pakar yang merumuskan bahawa penurunan besar itu adalah disebabkan oleh banyak faktor, termasuk keadaan ekonomi Sudan yang turut terjejas dan juga kesan akibat wabak Covid-19.

Sementara itu, statistik mengejutkan dari badan kehakiman Sudan tahun lalu yang mana menunjukkan bahawa tujuh perceraian berlaku setiap jam di Sudan sekali gus menjadikan lebih 60,000 kes penceraian dilaporkan pada 2020.

BACA: Betul ke ‘Ambalat’ dapat ke Indonesia? Sekali kedutaan Indonesia di Malaysia dedah cerita sebenar