Tular dakwaan punca banjir kerana pelepasan air empangan di Melaka, ini sebenarnya yang berlaku

Tular dakwaan punca banjir kerana pelepasan air empangan di Melaka, ini sebenarnya yang berlaku.Badan Kawal Selia Air Negeri Melaka menafikan pihaknya membuat pelepasan air dari Empangan Durian Tunggal seperti yang tular di laman sosial.

Sebaliknya kata Badan Kawal Selia Air Negeri Melaka, ia hanya merujuk kepada pintu air (tidal gate) di sungai yang dibuka bagi melancarkan aliran air.

“Setakat ini, Kerajaan Melaka tidak membuat sebarang keputusan untuk pelepasan air dari kedua-dua empangan (Empangan Durian Tunggal dan Empangan Jus).

“Ini kerana kadar limpahan yang berlaku adalah terkawal iaitu hanya melalui sistem spillway sedia ada,” katanya di sini hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, ketika ini Empangan Durian Tunggal dan Empangan Jus telah mencapai tahap 100 peratus.

BACA JUGA :

Amaran hujan sangat lebat berterusan di Johor mulai hari ini
Anggota TLDM didakwa rogol remaja 17 tahun
Beruang bawa anak-anak ‘ziarah’ lelaki yang pernah selamatkan nyawanya dahulu

CATEGORIES