Tukar speaker bukti Muhyiddin juga amat suka berpolitik

Tukar speaker bukti Muhyiddin juga amat suka berpolitik

Muhyiddin Yassin hanya bercakap kosong kononnya tidak mahu lagi berpolitik. Di media dalam ucapannya, beliau hanya mahu menumpukan terhadap pembangunan negara. Nampaknya Muhyiddin telah memperdaya pandangan rakyat sedangkan beliaulah individu yang paling kuat berpolitik pasca Covid-19.

Buktinya sejak dari awal pentadbiran Kerajaan PN, Ahli-ahli Parlimen kerajaan telah disogok dengan jawatan bagi mengekalkan kedudukannya. Walaupun tidak terbukti kelayakan untuk mereka berada pada jawatan tersebut.

Usul terbaharu untuk menukarkan Speaker Dewan Rakyat adalah satu lagi penunjuk kerakusan Muhyiddin dalam berpolitik. Ulasan yang diulang kononya kerajaan akan meletakkan fokus bagi membina negara pasca Covid-19 adalah satu bentuk retorika bagi memperbodohkan minda rakyat.

Speaker Dewan Rakyat telah terbukti melakukan tugas dengan sebaiknya. Pembaharuan yang dibuat terhadap Parlimen sejak pasca pembentukan kerajaan baharu dahulu sebagai bukti beliau harus kekal di jawatan tersebut.

8 Julai 2018 telah menyaksikan Ahli Parlimen Kerajaan, Ram Karpal Sigh dihalau daripada Sidang Dewan kerana menimbulkan kekecohan. Ini sikap adil yang telah ditunjukkan oleh Speaker Dewan. Media arus perdana juga dibenarkan untuk bergerak bebas di dalam Parlimen tanpa sekatan.

Tan Sri Speaker juga telah mengembalikan sepenuhnya fungsi institusi parlimen. Penubuhan beberapa Jawatakuasa Pilihan Khas serta membuka semula ruang parlimen seluas-luasnya dengan masyarakat awam.

Maka apakah alasan yang kukuh pentadbiran Muhyiddin mahu mengenepikan Speaker Dewan Rakyat? Melainkan beliau memilih untuk terus berpolitik bagi mengekalkannya di tampuk kuasa. Tapi Muhyiddin harus ingat, rakyat tidak buta untuk lihat dan menilai tindak-tanduk yang dilakukannya sekarang.

SHAZNI MUNIR MOHD ITHNIN
Ketua Pemuda AMANAH Nasional

6 Julai 2020 / 15 Zulqaedah 1441H

Sumber:

COMMENTS