Tukar ni je terus boleh pakai balik periuk nasi yang dah rosak
Hampir di setiap rumah pastinya mempunyai barangan elektrik yang dipanggil ‘periuk nasi’.
Periuk ini boleh dianggap sebagai barang wajib ada kerana sangat membantu dalam menanak nasi di rumah.
Walau bagaimanapun, kita seringkali mendengar isu barangan elektrik ini rosak, khususnya di bahagian button yang tidak dapat berfungsi dengan betul.
Perkara ini menyebabkan sebahagian orang mengambil keputusan untuk membeli periuk nasi yang baharu ekoran tidak mengetahui punca kerosakannya.
Sebenarnya anda tidak perlu membuang atau membeli periuk yang baharu, hanya perlu menggantikan satu barang sahaja dan boleh dilakukan di rumah sahaja.
Ia juga secara tidak langsung dapat menjimatkan duit poket anda. Jadi, apa yang perlu dibaiki? Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, mari kita ikuti perkongsian Hairulvcool di bawah.
Button Periuk Nasi Asyik Tendang, Tukar Satu Part Ni Je
Seperti yang diketahui, kita seringkali menggunakan button untuk memastikan periuk nasi elektrik dapat menanak nasi. Disebabkan itu, ia mudah untuk rosak.
Jelas Hairul dalam satu hantaran video, masalah ini sering menyusahkan pengguna yang ingin memasak nasi.
“So yang rosak adalah dekat bahagian dia punya body. Haa ok masalah dia dekat sini. Barang ini yang bermasalah yang membuatkan lock ni tidak berfungsi dengan baik.
“Kita tekan dia pantul. Kita tekan dia pantul. Kita tekan dia pantul.
BACA JUGA: Mesin Basuh “Front Load” Selalu Bergegar? Lelaki Ini Jelaskan Sebabnya
Oleh itu, perkara pertama yang perlu dilakukan untuk memperbaiki masalah ini adalah buka pada bahagian bawah periuk nasi.
Langkah seterusnya buka ketiga-tiga skru yang pada kaki periuk nasi itu. Setelah penutup bawah dibuka, barulah anda dapat melihat part yang rosak, maklumnya.
“Barang yang rosak adalah barang yang ni. Barang ni sahaja yang rosak,” katanya.
Cara Tukar Bahagian Button Periuk Nasi Rosak
Tambah Hairul, pengguna hanya perlu menggunakan long nose plier atau gunting untuk membuka bahagian tersebut sebelum menggantikan yang baru.
Cara pertama adalah samakan besi pengunci mengikut lubang lekuk pada bahagian atas agar boleh dibuka.
Cara kedua, lihat pada bahagian bawah dan juga tarik atau tolak ke dalam penguncinya.
Gambar: Facebook Hairulvcool
Cara ketiga, barulah tolak ke bawah untuk mengeluarkan bahagian tersebut.
Cara Pasang Kembali
Kata Hairul, masukkan bahagian baru tersebut ke dalam periuk. Bagi yang tidak biasa boleh gunakan tape untuk memastikan ia tidak bergoyang.
button periuk nasi rosakGambar: Facebook Hairulvcool
Cara kedua, pegang bahagian itu, dan tarik keluar besi pengunci dari sisi seperti cara anda membukanya.
Cara ketiga, masukkan besi pada bahagian atas pada lekuknya dan kunci kembali. Barulah periuk nasi anda dapat digunakan kembali seperti biasa.
button periuk nasi rosakGambar: Facebook Hairulvcool
Jelas Hairul, orang ramai boleh membeli bahagian yang rosak di mana-mana kedai elektronik.
“Bawa sampel barang ni. Barang ni universal dan tak ikut brand, so dia ikut saiz sahaja,” ujarnya lagi.