Tukang masak ‘share’ rahsia masak ikan keli tak meletup!

Oleh MUHAMMAD KHAIRY JALALUDDIN

Kalau nak masak ikan keli, mesti bertarung habis dalam kuali dengan minyak terpercik sampai ke dinding.

Kadang tu sudah habis cara tengok tutorial dekat YouTube, kesudahannya meletup juga dalam kuali.

Ikuti pekongsian pengguna Facebook Senok Perut yang berkongsi cara Mek Kah Nur Sutera Nasi sumatera Kuala Krai goreng ikan keli tak meletup.

Tip goreng ikan keli tak meletup

Bahan-bahan:

Tukang masak ‘share’ rahsia masak ikan keli tak meletup!

Ikan keli
Asam limau
Garam
Cuka
Air
Cara-cara:

1. Bersihkan ikan terlebih dahulu, buang segala isi perut dan darah beku, itu yang membuatkan ia hanyir.

2. Masukkan cuka hingga melepasi separuh ikan yang direndam.

3. Kemudian masukkan dalam tiga sudu besar garam dan perah asam limau.

4. Masukkan air hingga tenggelam ikan gosok ikan hingga hilang lendir dan rendam ia selama 10 minit dan bilas ia.

5. Kemudian boleh salut ia macam biasa dan goreng dengan cara anda dan siap!

Bagi yang tiada asam limau boleh juga gantikan ia dengan air limau Thai atau asam keping, boleh salutkan dengan tepung juga masak nak masak untuk elakkan ia meletup.

Baca juga: