Tujuh cadangan Ahmad Maslan kurangkan hutang RM1.5 Trillion

Tujuh cadangan Ahmad Maslan kurangkan hutang RM1.5 Trillion

Tujuh cadangan Ahmad Maslan kurangkan hutang RM1.5 Trillion. PERDANA Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu pening kepala memikirkan hutang negara apabila beliau mempunyai timbalan menteri kewangan yang bijak.

Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, beliau mempunyai tujuh cadangan cara-cara mengurangkan hutang negara sebanyak RM1.5 trilion.

Beliau berkata, antara cadangannya ialah menambah pendapatan kerajaan, mengurangkan ketirisan seperti rasuah dan mengetatkan lagi penguatkuasaan seperti menghapuskan penyeludupan.

“Cadangan lain ialah mengurangkan ekonomi gelap, meningkatkan pendigitalan ekonomi dan mengelakkan segala bentuk pembaziran,” ujarnya.

Tujuh cadangan Ahmad Maslan kurangkan hutang RM1.5 Trillion

Pada masa yang sama, beliau turut menyarankan langkah pemberian subsidi bersasar juga boleh digunakan bagi mengurangkan beban hutang negara.

Anwar berkata, kedudukan ekonomi negara masih belum kukuh dan ia turut berkait dengan perkembangan antarabangsa.

BACA:

Ibu bapa M40 sebak dapat bantuan RM150, “jarang golongan kami dapat macam ni..”

Tahun 2023: Laporan sahkan gaji pekerja Malaysia bakal naik sehingga 20 peratus

CATEGORIES