Tuduhan Amanah dan DAP ketepikan Anwar tidak berasas ! Ini faktanya…

Tuduhan Amanah dan DAP ketepikan Anwar tidak berasas ! Ini faktanya…

Pemimpin Amanah dan DAP menjadi sasaran serangan penyokong pro Anwar hanya kerana mengambil inisiatif untuk mendapatkan kembali kerajaan PH yang telah mendapat mandat rakyat dalam PRu yang lepas.

Antara tuduhan yang dikemukakan adalah pemimpin Amanah dan DAP sekarang lebih “menyokong” Tun M berbanding Anwar.

Namun jika kita melihat kepada usaha yang dibuat oleh pemimpin Amanah dan DAP ini, nama Anwar sentiasa ada dalam setiap pilihna yang dibuat. Bahkan pilihan utama atau opsyen 1 adalah menobatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri jika mendapat jumlah sokongan mencukupi.

Mari kita kaji sedikit apa sebenarnya yang berlaku dalam pilihan-pilihan yang dikemukakan oleh rundingan antara PH Plus.

PILIHAN 1 (UTAMA) :

PM : Datuk Seri Anwar Ibrahim
TPM : Datuk Seri Mukhriz

PKR setuju
Amanah setuju
Dap setuju
Blok Tun M setuju
Warisan setuju

Status – GAGAL kerana masih tak cukup bilangan setelah tempoh diberi untuk Anwar cukupkan bilangan (Katanya GPS tutup pintu rundingan)

Kemudian barulah beralih kepada pilihan 2.

PILIHAN 2 (Hanya setelah GAGAL pilihan utama)

PM – Tun Dr Mahathir Mohamed
TPM – Datuk Seri Anwar Ibrahim

Pkr tidak bersetuju
Amanah setuju
DAP setuju
Blok Tun M setuju
Warisan setuju

Status – GAGAL kerana bilangan tidak cukup kerana PKR menolak dari awal sebelum sempat Tun M membuat operasi mendapatkan sokongan tambahan yang lain.

PILIHAN 3 (Hanya setelah pilihan ke 2 gagal)

PM – Datuk Seri Shafie Apdal
TPM – Datuk Seri Anwar Ibrahim

Pkr masih tidak memberi keputusan
Amanah secara asasnya bersetuju dan akan bawa ke Majlis Presiden PH
Dap secara asasnya bersetuju dan akan bawa ke Majlis Presiden PH
Blok Tun M setuju
Warisan setuju

Status – Tunggu keputusan PKR, kalau PKR setuju maka Shafie Apdal kena mencari bilangan untuk cukupkan sokongan.

Hujjah yang mengatakan pemimpin Amanah dan DAP mengenepikan Datuk Seri Anwar adalah tidak berasas kerana dalam setiap pilihan, nama Anwar akan dipastikan ada untuk bergandingan menerajui negara.

COMMENTS