Tuduh pernah nasihat Fattah Amin, Rosyam Nor dedah ‘Bell Ngasri’ pun terlibat

Oleh MUHAMMAD KHAIRY JALALUDDIN

Pelakon dan penerbit terkenal, Datuk Rosyam Nor, telah selesai membuat laporan polis

Berhubung tindakan beberapa individu yang didakwa menyebarkan kenyataan palsu mengenai dirinya.

Melalui perkongsian di Instagram (IG), pemilik nama Mohamed Noor Shamsuddin

Beliau memuat naik video bersama peguamnya selepas selesai membuat laporan di Balai Polis Pudu.

Dalam perkongsian yang sama, pelakon filem ‘KL Menjerit’ turut memuat naik gambar beberapa halaman yang dipercayai terlibat dalam penyebaran kenyataan berunsur fitnah tersebut.

Tuduh pernah nasihat Fattah Amin, Rosyam Nor dedah 'Bell Ngasri' pun terlibat

“Assalamualaikum, saya bersama peguam saya, Encik Aizul, telah membuat laporan polis mengenai beberapa hantaran (fitnah) yang tersebar di media sosial yang telah mengaibkan saya.

Hantaran tersebut telah memfitnah dan mengaitkan saya dengan Fattah Amin dan juga Fazura,” katanya.

“Terima kasih kepada warga Balai Polis Pudu dan peguam saya, Encik Aizul. Banyak juga akaun media sosial yang terlibat dalam hal ini.”

BACA: Selain kos pengajian awam dah tak relevan, ini 9 punca lain graduan susah nak dapat kerja