Tubuhkan saja parti Apa Aku Dapat untuk kayakan Melayu, sindir Mahathir

Tubuhkan saja parti Apa Aku Dapat untuk kayakan Melayu, sindir Mahathir

Saya bercadang untuk tubuh sebuah parti politik.

Banyak orang Melayu suka tubuh parti politik. Dahulu saya tubuh parti Pribumi Bersatu Malaysia. Sekarang parti sudah berpecah dua.

Sebab itu saya ingin tubuh satu lagi parti politik Melayu.

Nama parti ini ialah Parti AAD atau “Parti Apa Aku Dapat”.

Tujuan: Memperkaya orang Melayu yang belum dapat.

Cara: Melantik sebagai pegawai dalam badan-badan yang akan ditubuh khusus untuk memenuhi hasrat memberi pendapatan yang lumayan kepada mereka yang belum dapat dan yang ingin dapat banyak lagi.

Jemputan: Siapa yang belum dapat boleh buat permohonan untuk jadi ahli, atau Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden dan dll.

Yuran: Tidak perlu.

Sumber :

COMMENTS