Kerajaan tidak sepatutnya menetapkan syarat dan keperluan untuk memeterai memorandum persefahaman (MoU)
Bagi menyalurkan peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang.
Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, menyatakan bahawa
pihaknya akur sekiranya rundingan MoU yang sebelum ini ditolak oleh pihak pembangkang tidak diteruskan.
“Ahli Parlimen PN telah menyerahkan kepada ketua pembangkang dan ketua Whip (PN) untuk berbincang.
Jika kerajaan menyatakan bahawa rundingan telah ditutup, kami terima keputusan itu.
“Prinsip kami ialah kerajaan perlu menyalurkan peruntukan tanpa syarat dan tidak memerlukan MoU,” katanya ketika dihubungi oleh BH, hari ini.
Beliau juga menjelaskan bahawa PN secara umumnya akan menyokong jika kerajaan ingin membawa Rang Undang-Undang (RUU) di Parlimen, khususnya berkaitan peruntukan kepada wakil rakyat.
“Peranan pembangkang sebagai pihak semak dan imbang telah kami jalankan. Terdapat pindaan dan RUU yang kami sokong kerana ia mendatangkan kebaikan kepada negara dan rakyat,” tambahnya.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, semalam menyatakan bahawa rundingan MoU berhubung peruntukan bagi Ahli Parlimen pembangkang telah ditutup.
Beliau menyebut bahawa pembangkang telah menolak ‘pinangan’ tersebut dan kerajaan tidak akan ‘merujuk’ kembali.
Sebelum ini, pembangkang sebulat suara menolak MoU itu atas empat sebab utama, termasuk bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, di mana beberapa syarat yang dikenakan dalam dokumen tersebut didakwa boleh menjejaskan hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera.
Dokumen yang didedahkan itu mengandungi enam inti pati, termasuk tempoh kuat kuasa dari tarikh MoU sehingga pembubaran Parlimen ke-15 atau pada 19 Disember 2027.
Antara inti pati itu juga menyebut obligasi PN yang merangkumi peranan dan fungsi Ahli Parlimen pembangkang sebagai komponen penting
serta janji sebagai wakil rakyat berwibawa, yang perlu bertindak sebagai komponen semak dan imbang yang bertanggungjawab dan membina.
BAca: Trump akhirnya menang Pilihan Raya Presiden dengan 270 undi cetus kejutan di seluruh dunia