TS Dato Mohamad Ariff, insan amanah berjiwa unggul

TS Dato Mohamad Ariff, insan amanah berjiwa unggul

Sebagai solidariti kami kepada YBhg Tan Sri Dato Mohamad Ariff Md Yusof, mantan Speaker Dewan Rakyat yg telah ‘diusir’ secara “unprecendented” pada 13 Julai 2020 lepas, semalam kami Ahli2 Parlimen Amanah menziarahi beliau dan keluarga di kediaman rasmi Speaker. Difahamkan, beliau mempunyai masa dua minggu bagi mengosongkan premis kediaman rasmi tersebut.

Beliau sangat tenang menerima cabaran yang dihadapi, walau sesekali saya boleh mengesani ada keterkilanan terbit jauh di sudut hatinya dengan cara bagaimana beliau “diusir” dan bagaimana wewenangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Bhg Undang2 dan Parlimen) menjawab dan memberi respon bahawa Usul Pengosongan itu telah diterima sendiri oleh TS Dato Arif sebagai Speaker Dewan Rakyat, selepas Menteri dan Timbalan YDP gagal memberikan alasan munasabah setelah diasak oleh ahli2 Parlimen PH dan Blok Pembangkang yang lain.

Berdasarkan perkongsiannya malam tadi kepada kami, bahawa beliau memberi laluan agar Usul Eksekutif itu dibahas secara tuntas oleh anggota2 legislatif (ahli2 Dewan Rakyat) kerana itulah tugas dan amanah yang perlu dilaksanakan olehnya sebagai Tuan Yang DiPertua Dewan Rakyat.

Sementelah, hakikatnya beliau berharap agar anggota2 legislatif negara boleh bertindak secara rasional dan waras, serta dapat membezakan dan menghormati pengasingan kuasa yang sepatutnya diterjemahkan di antara Eksekutif dan Legislatif, sekaligus ruang dan peluang kepada semua anggota legislatif bagi memartabatkan Dewan yang mulia – Dewan Rakyat! Suatu tanggungjawab besar yang sepatutnya telah lama dilaksanakan oleh Ahli2 Parlimen Malaysia.

Saya percaya beliau telah bertindak berani bagi memberi laluan usul eksekutif tersebut untuk dibahas, dan sebagai ruang kepada semua anggota legislatif yang ada bagi menzahirkan kebijakan dan kematangan dalam mempertahankan martabat Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia.

Malangnya, ternyata ia seperkara penting yang GAGAL difahami dan ditaakuli oleh sebahagian anggota legislatif yang memilih untuk sekali lagi tunduk kepada kehendak Eksekutif!

Natijahnya, tersingkirlah seorang Yang DiPertua Dewan Rakyat TANPA ALASAN YANG MUNASABAH, bahkan dengan alasan kekosongan yang direkayasa dan dipaksakan!

Itulah kekuatan dan kehebatan TS Dato Ariff, yang pada saya jelas meskipun dalam tempoh yang singkat telah berjaya berdiri dan mengambil kedudukan cemerlangnya yang tersendiri sebagai Tuan Yang DiPertua Dewan Rakyat!

Barangkali mudah untuk saya memahami tindakan dan usaha ini, kerana selama lebih 22 bulan menjadi Anggota Legislatif di Dewan Negara, saya bersama rakan2 Senator yang lain turut mengambil pendirian yang sama bagi mempertahankan martabat serta kemuliaan Dewan Negara dan penghormatan kami semua kepada Tuan Yang DiPertua Dewan Negara (meskipun merupakan Presiden MIC) untuk beliau terus menjalankan tugasnya tanpa kacau ganggu sama ada daripada Eksekutif, mahupun daripada kami anggota2 legislatif pro kerajaan PH. Bahkan kami sama2 berusaha bagi mengangkat martabat Dewan Negara dan buat julung2 kalinya sebuah Kaukus Dewan Negara diwujudkan sebagai sebahagian usaha reformasi institusi Parlimen Malaysia.

YBhg Tan Sri Dato Mohamad Ariff ternyata insan unggul berjiwa merdeka. Berjiwa pejuang sejak daripada zaman kampusnya. Satu persamaan kami semua dengan beliau adalah bahawa kami dulunya berasal daripada parti yang sama, mempercayai bahawa Islam itu adalah Rahmat Untuk Semua. Pada saat prinsip perjuangan awal ternoda, kami bertekad menjunjung Amanah.

Pada sudut kedudukan yang beliau akhirnya diamanahkan, beliau telah melepaskan semua jawatan politiknya bagi memastikan beliau dapat menjalankan tugas sehabis baik . Kejujuran dan kematangannya memberi laluan terhadap Usul Penyingkirannya ternyata bukan satu ketewasan untuknya, tetapi satu kejayaan menzahirkan izzah dan keunggulan faham perjuangan Amanah.

Terima kasih dan tabik hormat saya untuknya!

#AmanahDemiNegara
#CitaCintaUntukMalaysia
#MajuTerus!

Sumber :

COMMENTS