Trump akhirnya menang Pilihan Raya Presiden dengan 270 undi cetus kejutan di seluruh dunia

Oleh MUHAMMAD KHAIRY JALALUDDIN

Calon Parti Republikan, Donald Trump mencipta sejarah apabila berjaya memenangi Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS), lapor portal berita The Hills semalam.

Trump memperoleh 270 undi elektoral yang diperlukan untuk menang, sementara pencabarnya

Dari Parti Demokrat, Naib Presiden Kamala Harris, hanya meraih 213 undi elektoral.

Trump, yang pernah menjadi Presiden AS dari 2017 hingga 20 Januari 2021, berjanji untuk memulihkan negara yang kini menghadapi pelbagai cabaran.

“Kita akan bantu negara ini pulih. Ini adalah kemenangan politik yang luar biasa,” kata Trump kepada penyokongnya

Trump akhirnya menang Pilihan Raya Presiden dengan 270 undi cetus kejutan di seluruh dunia

di ibu pejabat kempen Republikan di Florida bersama isteri, Melania, dan anak-anaknya, termasuk Ivanka Trump dan suaminya, Jared Kushner.

Detik kemenangannya bermula apabila Fox News melaporkan kejayaan Trump di Pennsylvania, diikuti Wisconsin serta beberapa negeri lain yang memihak kepadanya.

Sebelum pilihan raya ini, pelbagai tinjauan menunjukkan persaingan sengit antara Trump dan Harris. Harris menjadi calon Demokrat selepas Presiden Joe Biden menarik diri daripada perlumbaan pada Julai lalu di tengah isu kesihatan beliau.

Dengan kemenangan ini, Trump menjadi Presiden kedua dalam sejarah AS yang dipilih untuk penggal tidak berturut-turut, selepas Grover Cleveland dari Parti Demokrat yang menjadi Presiden ke-22 pada 1884 dan terpilih semula pada 1892.

Trump turut mengucapkan terima kasih kepada penyokongnya dan berjanji membawa ‘zaman keemasan’ untuk AS. Dalam perkembangan lain, Parti Republikan juga berjaya merampas majoriti di Dewan Senat, menambah cabaran kepada Parti Demokrat.

Kemenangan Trump memberi kesan kepada sekutu-sekutu AS di Eropah dan Asia, yang khuatir dengan kebangkitan semula dasar nasionalis beliau serta pandangannya yang positif terhadap pemimpin autokrat seperti Presiden Vladimir Putin.

Namun, kemenangan ini membawa kesan positif kepada ekonomi apabila dolar AS mengukuh, bitcoin mencapai rekod tertinggi, dan pasaran ekuiti melonjak seiring dengan keyakinan pelabur.

Pada hari pilihan raya, jutaan rakyat Amerika berbaris panjang untuk mengundi, sementara jutaan lagi telah mengundi awal dalam perebutan jawatan yang bakal membawa kesan besar kepada AS dan dunia. Pengundi perlu memilih sama ada mahu mengembalikan Trump atau menjadikan Harris sebagai wanita pertama yang memegang jawatan tertinggi tersebut.

Namun, pilihan raya kali ini dicemari ancaman bom terhadap pusat mengundi di Georgia dan Pennsylvania. Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) melaporkan ugutan itu dipercayai berasal dari Russia, yang dituduh cuba mencampuri urusan pilihan raya oleh pihak Washington.

BACA: Bukan iman senipis bawang, ini jam paling nipis didunia