Tragedi Batang Kali: Ini dia wira sebenar, jom kenal dengan anjing unit K9

Tragedi Batang Kali: Ini dia wira sebenar, jom kenal dengan anjing unit K9

Tragedi Batang Kali: Ini dia wira sebenar, jom kenal dengan anjing unit K9. KECIL namun cekap — itulah pujian yang diberikan kepada haiwan pintar ini.

Berbakti tanpa kenal penat lelah, anjing K9 merupakan watak utama dalam usaha pencarian yang memerlukan kepakaran yang tiada tandingnya, malah berbanding peranti moden sekalipun.

Terbaharu, ia digelar ‘hero’ dalam misi mencari dan menyelamat (SAR) tragedi di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Jalan Genting-Batang Kali.

Namun, apa keistimewaan anjing K9? Jom kenali dengan lebih dekat!

Dianggarkan bernilai RM110,000 seekor, setiap anjing K9 mempunyai kemampuan deria bau luar biasa dengan kelebihan 10,000 hingga 100,000 kali ganda lebih kuat berbanding manusia.

Tragedi Batang Kali: Ini dia wira sebenar, jom kenal dengan anjing unit K9

Dengan bantuan anjing unit K9, pasukan penyelamat dapat mengurangkan masa mencari dan menyelamatkan mangsa di lokasi bencana.

Anjing pengesan ini juga mengurangkan risiko terhadap petugas semasa operasi menyelamat.

English Springer Spaniel

4 Facts About English Springer Spaniels | Greenfield Puppies

Anjing K9 baka English Springer Spaniel sering digunakan oleh pasukan bomba dalam siasatan kes kebakaran.

Saiz badan anjing lebih kecil dan mampu bergerak laju serta boleh menyelit di ruang sempit.

Dikenali sebagai salah satu baka yang memiliki deria bau paling kuat.

Border Collie

Border Collie Dog Breed Information & Characteristics | Daily Paws

Anjing yang paling pintar di dunia. Bijak menerima arahan baharu, juga tangkas dan memiliki stamina yang tinggi.

Pada asalnya ia dibiak untuk menggembala kambing biri-biri.

Labrador Retriever

Labrador Retriever (Lab) Dog Breed Information & Characteristics | Daily Paws

Memiliki kaki berselaput dan handal berenang. Anjing ini mempunyai lapisan bulu tebal dan kalis air.

Labrador mempunyai personaliti sosial yang menjadikan ia anjing pandu paling popular.

Berwarna kuning hitam, Labrador mudah dilatih dan kurang agresif berbanding labrador coklat.

German Shorthaired Pointer

German Shorthaired Pointer (GSP) Dog Breed Information & Characteristics | Daily Paws

Anjing baka ini mahir berenang dan mempunyai kaki berselaput.

Anjing buruan yang versatil dan sangat berdikari serta cekal.

Belgian Malinois

Belgian Malinois Pros And Cons - helloBARK!

Belgian Malinois boleh bekerja dalam apa jua cuaca kerana keadaan bulunya yang sesuai.

Anjing ini juga digunakan sebagai anjing servis untuk warga emas dan orang kurang upaya (OKU).- BFM

BACA:

Kecoh dakwaan anak Muhyiddin jadi ‘paderi muslim’, siap ada bukti

Kalendar cuti umum sekolah yang rasmi dah keluar, rancang sekarang

Terkejut tahu Pizza harga RM200 sekotak, bila tengok bahan dia guna ramai terdiam

CATEGORIES