Topi huruf ‘R’ Aliff Aziz cetus persoalan netizen siapakan gerangannya

Oleh DAHLIA MARZUKI

Aliff Aziz sekali lagi mencuri perhatian dengan sebuah gambar yang dimuat naik di media sosial.

Dilihat Aliff mengenakan topi dengan huruf “R” yang menimbulkan pelbagai spekulasi di kalangan pengikutnya.

Ramai netizen mengaitkan huruf “R” itu dengan Ruhainies, wanita yang pernah dikaitkan dalam hubungan istimewa dengan Aliff.

Namun, situasi semakin meruncing apabila bekas kekasihnya, Sarah Yasmine, turut memberikan pandangannya.

Dalam satu komen yang menghiburkan, Sarah menyatakan bahawa huruf “R” itu sebenarnya bermaksud Ruqyah, yang mengundang gelak tawa netizen.

Topi huruf 'R' Aliff Aziz cetus persoalan netizen siapakan gerangannya

Selain Ruhainies dan Ruqyah, netizen juga tidak ketinggalan untuk meneka pelbagai nama lain yang bermula dengan huruf “R” seperti Rokiah, Rosmah, Rahmah, dan banyak lagi.

Komen-komen ini bukan sahaja mencuit hati, malah menambahkan kehangatan perbincangan di kalangan peminat dan pengikut Aliff.

Dalam perkembangan lain, Aliff dan Ruhainies baru-baru ini hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, bagi sesi prosiding kes khalwat yang melibatkan mereka berdua.

Mereka ditangkap berkhalwat di sebuah kondominium di ibu negara pada 8 Mac lalu. Mahkamah telah membenarkan mereka diikat jamin sebanyak RM1,500 setiap seorang, dan perbicaraan seterusnya ditetapkan pada Februari tahun hadapan.

Dengan pelbagai drama yang melibatkan kehidupan peribadinya, tidak hairanlah jika Aliff Aziz terus menjadi perhatian utama di kalangan netizen.

Mungkin hanya Aliff yang tahu maksud sebenar huruf “R” di topinya, tetapi satu perkara yang pasti, drama ini pasti akan berterusan!

BACA: Pemimpin UMNO ajar Pas cara cepat jadi kerajaan bikin Bersatu sakit hati