Tony Pua lupa pernah tuduh Grab milik Rosmah Mansor

Oleh JUNITA ABD RAHIM

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan telah mengkritik bekas Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua,

susulan kenyataan Pua mengenai keputusan pelaburan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) ke dalam Fashion Valet Sdn Bhd, dan bukan dalam Grab.

Mohamad, yang juga Menteri Luar Negeri, melalui hantaran di Facebooknya,

menyindir Pua berhubung isu tersebut sambil berkongsi tangkap layar kenyataan bekas pemimpin DAP itu.

“Dulu awak juga yang fitnah kata Grab tu DS Rosmah punya… Dah lupa ke???,” tulisnya.

Tony Pua lupa pernah tuduh Grab milik Rosmah Mansor

Semalam, Pua menyatakan bahawa polemik yang menimpa FV disebabkan oleh kerugian yang dialami, selain pengurusan syarikat tersebut yang terpalit dengan pelbagai dakwaan salah laku, yang menurutnya menganiaya dan memalukan usahawan syarikat itu secara berlebihan.

Pua juga berpendapat bahawa tindakan sedemikian boleh menyebabkan budaya yang akhirnya merisikokan pembuat keputusan dalam syarikat pelaburan untuk mengambil sebarang risiko dalam melabur di syarikat seperti itu pada masa depan.

Pua, yang pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan, Lim Guan Eng pada tahun 2018, menyuarakan kebimbangannya mengenai kemungkinan Malaysia akan mengalami kerugian sekiranya usahawan muda tempatan tidak diberi peluang untuk mengembangkan idea dan bersaing di peringkat yang lebih tinggi.

Beliau turut berpendapat bahawa gesaan untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) terhadap FV adalah suatu perkara yang kelakar.

BACA: Apa yang berlaku dengan duit KWSP jika ahli meninggal dunia?