Tol Percuma balik raya: 4 perkara yang wajib anda tahu

Tol Percuma balik raya: 4 perkara yang wajib anda tahu.Kerajaan telah mengumumkan inisiatif tol percuma dan diskaun untuk Hari Raya 2022. Tentu ramai yang tak sabar untuk memulakan perjalanan dan menikmati penjimatan ke atas kos balik kampung. Dikatakan yang kerajaan dan konsesi menyerap lebih RM77 juta bagi menjayakan program ini. Berikut adalah 4 perkara yang perlu anda tahu tentangnya sebelum anda pulang beraya.

1. Tempoh promo adalah selama 4 hari
Semua lebuhraya yang terlibat, sama ada yang mengecualikan tol ataupun memberikan diskaun ke atas tol akan menjalankan promo itu selama 4 hari iaitu:

12 tengah malam 30 April 2022 (Sabtu) hingga 11:59 malam 1 Mei 2022 (Ahad)
12 tengah malam 7 Mei 2022(Sabtu) hingga 11:59 malam 8 Mei 2022 (Ahad)

2. Kad TnG, SmartTag, atau RFID masih diperlukan
Perlu diingatkan yang sepanjang promo berjalan, plaza tol tetap beroperasi seperti biasa, termasuklah palang. Anda perlu gunakan kad TNG, SmartTAG ataupun RFID untuk masuk dan keluar lebuhraya.

Satu lagi peringatan adalah, anda perlu masuk dan keluar lebuhraya menggunakan saluran pembayaran yang sama iaitu sama ada kad Touch n Go ataupun RFID.

Tol Percuma balik raya: 4 perkara yang wajib anda tahu | Info Rakyat

3. Keluar lebuhraya dalam tempoh promo untuk nikmati tol percuma
Kadar tol percuma ataupun diskaun akan diberikan kepada pengguna yang masuk dan keluar lebuh raya dalam tempoh promo.

Contohnya, sekiranya anda masuki lebuh raya sebelum promosi berjalan, contohnya jam 11:50 malam, anda boleh keluar lebuh raya dan masuk semula pada jam 12:00 malam untuk nikmati kadar promo.

Begitu juga sewaktu keluar. Anda perlu keluar lebuh raya sebelum tempoh promo tamat. Saranan kami adalah anda keluar tol tepat jam 11:59 malam dan masuki semula selepas tempoh promo. Sekurang-kurangnya sebahagian besar kos tol akan menjadi murah.

Tak kiralah waktu bila anda masuk, asalkan anda keluar dalam tempoh promosi, anda boleh menerima manfaat diskaun dan tol percuma.

4. Ikuti saranan waktu perjalanan untuk kemudahan
Pengendali Lebuh Raya Utara-Selatan ada mengeluarkan saranan waktu perjalanan untuk pengguna laluannya. Dijangkakan lebih 2 juta kenderaan akan bergerak di atasnya iaitu 25% peningkatan daripada waktu biasa.

Sekiranya anda pulang ke kampung antara 29 April hingga 2 Mei dan bergerak keluar daripada Kuala Lumpur, anda disarankan untuk bergerak sebelum 10 pagi. Buat anda yang akan masuki Lembah Klang antara 5 hingga 9 Mei, anda disarankan untuk mulakan perjalanan sebelum 9 pagi.
TONTON :

BACA:

Subsidi petrol bersasar akan diperkenalkan kerajaan dalam masa terdekat

 

Wajah gadis buat tutorial tudung seiras Neelofa, tapi lain pula yang netizen komen

CATEGORIES