Untuk menarik pelaburan dari Asia Barat, Hadi bukan orangnya

Untuk menarik pelaburan dari Asia Barat, Hadi bukan orangnya

Sebagai contoh Kumpulan Dallah Al Baraqa , Sheikh Abdullah Kamel. Sheikh ini telah membuat kunjungan hormat ke atas DSAI dan bersedia untuk membuat pelaburan besar-besaran dalam sektor perbankan , kewangan dan sekuriti terutamanya. Difahamkan kekayaan , aset dan saiz perbankan group ini berjumlah trilion of DOLLARS bukan billion of dollar.

Bilion of dollars sudah jadi satu figure yang kecil sahaja hari ini. Kita di Malaysia sudah mampu bercakap angka billion of dollars . Najib saja pun dah billionaire . Katanya duit pun banyak . Ada yang cakap puukuh-puluh billion of dollars juga. Barangkali itu puncanya kot ada ulamak tergila-gila dan separuh gila menjerit BOSSKU – BOSSKU.

Hadi Awang kenal tak dengan Sheikh Saleg Abdullah Kamel , pemilik dan founder Dallah Al Baraqa group ini ?.

Kalau betul Hadi Awang boleh menarik pelaburan juga , mungkin TITM dapat maklumat yang tidak tepat kot. Sebenarnya , Satu kesilapan jika menghantar Hadi Awang bagi tujuan menarik pelaburan dari negara-negara Arab.

Hadi Awang mungkin familiar di Timur Tengah , tapi mungkin terhad dikalangan ulamak tertentu sahaja , bukan dari kalangan pelabur , pemilik modal , penganalisis pasaran , pengurus dana , malah raja-raja di negara Arab .

Kepercayaan , track record , latar belakang , excellent dan pelbagai lagi ciri-ciri menarik tidak ada pada batang tubuh Hadi Awang.

Sehinggakan dalam negara pun , Mahathir tidak menggunapakai Hadi Awang untuk menarik misi pelaburan luar negara , khusus dari Asia Barat , walaupun kedua-duanya agak rapat dan sering bertemu.

Sumber :