Tok Mat umum letak jawatan pula..

Tok Mat umum letak jawatan pula

Tok Mat umum letak jawatan pula… Pilihan raya umum ke-15 (PRU15) menjadi peluang terakhir bagi Barisan Nasional (BN) kembali membentuk kerajaan persekutuan, kata timbalan pengerusi gabungan itu, Mohamad Hasan.

Katanya, jika BN gagal meraih kemenangan dalam pilihan raya kali ini, peluang untuk memenanginya pada pilihan raya akan datang akan menjadi lebih sukar.

Malah, beliau sanggup melepaskan jawatannya jika BN mengalami kekalahan pada PRU15.

“Keutamaan kita adalah PRU15. Kita mesti menang, kalau kalah, siapa nak jawatan timbalan presiden, ambillah. Saya sanggup. Jujurnya, kalau parti kalah, bagilah kepada orang muda ke, siapa-siapa nak…ambil, tetapi selagi kita berhadapan dengan PRU15, keutamaan saya sebagai pengarah pilihan raya, komitmen saya adalah menang.

“BN mesti menang, kalau tak menang, susah nak bangun semula. Jadi, inilah peluang terakhir untuk kita membuktikan dan bangkit semula untuk menawan Putrajaya,” katanya menurut Utusan Malaysia.

Mohamad yang lebih dikenali sebagai Tok Mat berkata, pertarungan PRU15 cukup berbeza kerana BN perlu bersaing dengan Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN).

Tok Mat umum letak jawatan pula..

“Sangat sukar sebenarnya untuk kita tawan Putrajaya, pengundi mungkin sudah selesa dengan kerajaan sedia ada atau mereka mahukan PH. Sebab itu, kita perlu bangkit dan menang. PRU15 pun dah hampir, kalau ini larian 100m, tinggal 15m, pecutlah…tahan nafas supaya kita dapat cecah garis penamat pada PRU15.

“Ini pertarungan terakhir, hidup atau mati, kalau nak hidup, menang PRU15…kalau tidak saya mengalah,” katanya.

Beliau yang juga timbalan presiden Umno, yakin BN boleh meraih kemenangan berdasarkan keputusan diperoleh pada pilihan raya kecil (PRK) dan pilihan raya negeri (PRN).

“Sebanyak tujuh PRK kita dapat sokongan rakyat, PRN di Sabah, Melaka dan Johor, rakyat telah beri mandat kepada BN, bukan menang sikit-sikit, bukan menang biasa-biasa, ini menang luar biasa,” katanya.

Namun, beliau menggesa semua jentera parti supaya tidak mencetuskan sebarang perbalahan yang boleh memecah belahkan parti.

“Kalau nak menang, jangan ada perbalahan. Saya dapat menghidu di negeri-negeri, itu sebabnya ada negeri yang ada sedikit masalah, ada yang banyak, saya mempunyai deria hiduan yang tinggi, saya boleh hidu sesuatu yang betul-betul bermasalah.

“Jadi, jangan kita bertelagah dalaman, kalau bertelagah, orang kata muafakat punca kita selamat sengketa punca celaka, jadi kalau bersengketa, kecelakaanlah yang akan menimpa kita. Muafakat elok-elok supaya kita dapat harungi PRU15 dengan kesepakatan dan kesepaduan parti,” katanya.

BACA:

Fatin Afeefa menangis dalam live kena ejek leher berkerak oleh netizen

Biri-biri ini lagi mahal dari harga rumah

CATEGORIES