Pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dijadualkan untuk menyerahkan notis kompaun kepada Mohamad Hasan hari ini selepas beliau tular kerana merokok di sebuah premis makan.
Menteri Kesihatan, Dzulkefly Ahmad, mengesahkan bahawa kompaun tersebut akan disampaikan oleh pegawai dari Pejabat Kesihatan Daerah Seremban, Negeri Sembilan.
Menurut Dzulkefly, Mohamad sendiri yang meminta KKM mengeluarkan kompaun tersebut atas kesalahan yang telah dilakukannya.
“Beliau memberitahu saya bahawa kompaun itu akan dibayar,” kata Dzulkefly melalui platform X pagi ini.
Semalam, Mohamad yang juga bekas Menteri Besar Negeri Sembilan menarik perhatian ramai apabila
Gambar beliau yang sedang duduk dan berbual di sebuah premis makan yang tidak didedahkan tular di media sosial.
Namun, kejadian itu dilaporkan berlaku ketika Mohamad pulang melawat kawasannya di Negeri Sembilan. Sebelum menjadi Ahli Parlimen Rembau, Mohamad adalah ADUN Rantau di kawasan tersebut.
Mengulas mengenai gambar tersebut semalam, Dzulkefly menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh terlepas daripada undang-undang Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) jika melanggar peraturan yang telah ditetapkan.
“Setelah Akta 852 berkuat kuasa pada 1 Oktober lalu, saya berpegang kepada prinsip bahawa tiada siapa yang boleh mengatasi undang-undang,” katanya di X
BACA: Bukan saja-saja dicipta, ini 5 fungsi buku pink ibu hamil