TMJ kini Pemangku Raja Johor. Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, berkenan melantik Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebagai Pemangku Raja mulai hari ini.
Sultan Ibrahim menitahkan perkara itu selepas selesai merasmikan pembukaan Mesyuarat Kedua Bagi Penggal Persidangan Pertama Dewan Undangan Negeri (Dun) Johor ke-15 di Bangunan Sultan Ismail di sini, hari ini.
“Tunku Mahkota Johor dilantik sebagai Pemangku Raja mulai hari ini.
“Saya mahu berehat sekejap mulai hari ini,” titah baginda.
Tunku Ismail adalah anak sulung Sultan Ibrahim dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah.
Tunku Ismail dilantik sebagai Raja Muda Johor pada April 2006 sebelum dilantik sebagai Tunku Mahkota Johor pada Januari 2010.
Pemangku Raja adalah seseorang yang memegang kuasa raja sebagai wakilnya sama ada ketika ketiadaan raja, ketika raja sedang sakit atau raja belum dewasa.
BACA:
Saksi sahkan Najib lantik diri sendiri jadi Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB
TMJ kongsi ‘chat’ whatsapp dengan Kim Pan Gon, habis semua terdedah