Titah Agong supaya kurangkan berpolitik juga dituju kepada blok kerajaan – Tun M

Titah Agong supaya kurangkan berpolitik juga dituju kepada blok kerajaan – Tun M

Bagi pihak Pejuang saya alu-alukan keputusan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong bersama-sama Raja-Raja Melayu untuk tidak mengisytihar darurat di Malaysia seperti yang dipohon dan dipersembahkan oleh YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Rakyat tentu gembira dengan keputusan yang dibuat oleh Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong.

Pejuang juga sambut baik nasihat Yang Maha Mulia Duli Tuanku supaya orang politik kurangkan politik. Sudah tentu ini tidak terhad kepada ahli politik pembangkang sahaja, tetapi termasuklah ahli politik Kerajaan.

Oleh itu, diharap sementara ahli politik pembangkang menghormati nasihat Duli Yang Maha Mulia, ahli politik Kerajaan dan Kerajaan juga henti tindakan politik seperti melucutkan jawatan orang politik yang tidak sokong Kerajaan, memberhentikan peruntukan wakil rakyat yang tidak sokong Kerajaan, membeli penyokong parti lawan untuk menjatuhkan Kerajaan Parti lawan, memaksa pilihanraya diadakan kerana percubaan merebut Kerajaan, menolak pendaftaran parti politik seperti Pejuang, dan bermacam lagi tindakan politik seperti sogokan wang dalam pilihanraya.

Pejuang tetap akan patuh kepada nasihat DYMM YDP Agong, supaya politik di Malaysia menjadi stabil. Pejuang sanggup bekerjasama dalam usaha semua pihak menangani ancaman Wabak Covid-19.

Akhir kata, sebagai pemimpin Pejuang yang belum didaftar, saya ingin menyatakan kesyukuran kami dan junjung kasih kami kepada Kebawah Duli Tuanku YDPA yang telah utamakan kepentingan rakyat dengan membuat keputusan yang bijak terhadap cadangan mengisytihar darurat di negara tercinta ini.

Sumber :

COMMENTS