Tips penting untuk goreng ikan bilis, dijamin rangup dan tak mudah lemau!

Oleh INFORAKYAT

Ikan bilis goreng merupakan sejenis lauk yang cukup sederhana namun sangatlah ‘berhantu’

sehingga menyebabkan nasi ditambah ke dalam pinggan berkali-kali.

Meskipun cara penyediaan hidangan ini ringkas sahaja, namun kerangupannya bukan mudah untuk dikekalkan s

ekiranya tidak menggunakan teknik masakan yang betul.

Hanya perlu menambahkan satu bahan, berikut adalah teknik menggoreng ikan bilis berdasarkan panduan tukang masak dan pencipta kandungan TikTok, Rizal Tomyam.

Tips penting untuk goreng ikan bilis, dijamin rangup dan tak mudah lemau!
Sangat disarankan untuk dicuba, teknik ini juga tidak akan membuatkan hidangan cepat lemau atau masuk angin malah bertahan dengan lebih lama sekiranya panduan mudah itu diikuti.

Bahan-bahan:

500 gram ikan bilis
Lima sudu besar tepung jagung
Minyak masak secukupnya
Langkah-langkah penyediaan:

1. Basuhkan ikan bilis anda sebersihnya hingga tiada lagi habuk yang melekat.

2. Kemudian, masukkan ke dalam penapis sebelum ditoskan supaya air basuhan benar-benar kering.

3. Selepas kering, tuangkan ke dalam bekas lain kemudian tambahkan tepung jagung pilihan anda yang telah disediakan sebentar tadi.

4. Gaulkan kedua bahan tersebut sehingga semua ikan itu disaluti dengan tepung jagung.

5. Pastikan minyak sudah panas dan masukkan kesemua ikan bilis. Api tidak boleh ditetapkan kepada suhu yang terlalu tinggi kerana dikhuatiri hangus.

6. Pastikan kesemua ikan tenggelam di dalam minyak dan gorengkan sehingga tiada lagi buih di dalam kuali agar kerangupannya lebih tahan lama.

Baca juga: EAIC rampas 150 fail ‘rasuah’ dari Imigresen Putrajaya, EAIC tu apa ramai nak tahu