Tips jika pintu sliding rumah susah tarik dan selalu tersekat

Oleh CHE HUSNA KAMARUZZAMAN

Ramai orang sekarang menggunakan pintu sliding di rumah mereka.

Salah satu masalah yang sering berlaku apabila pintu ini sudah digunakan lama adalah pintu sliding menjadi tersangkut dan sukar untuk dibuka atau ditutup.

Untuk mengatasi masalah ini, anda boleh mengikuti cara yang dikongsi oleh Jason_jezi di akaun TikToknya

Tips jika pintu sliding rumah susah tarik dan selalu tersekat

Ternyata, cara untuk membaikinya sangat mudah.

Menurutnya, masalah pintu sliding yang sukar dibuka atau ditutup disebabkan oleh skru pintu yang longgar, menyebabkan pintu sliding menjadi tersekat atau tergelincir. Jadi, lakukan langkah-langkah seperti berikut untuk mengatasi masalah ini:

Carilah lubang skru di bahagian bawah pintu sliding, kemudian pasangkan dan ketatkan dengan menggunakan skru driver.

@jason_jezi #Pintu #Slide sudah lama pakai mesti ada masalah susah tarik, senang saja cuba ni #TikTokGuru #jombelajar #learnontiktok ♬ STAY – The Kid LAROI & Justin Bieber

Setelah pintu yang tergelincir tadi dipasang dengan kemas, ia akan kembali pada kedudukan asal.

Pembaikan ini akan menyelesaikan masalah pintu yang sukar untuk ditarik.

Tambahan pula, pintu sliding mungkin menjadi tersumbat kerana terdapat kotoran seperti pasir pada relnya.

Oleh itu, lap dan bersihkan kotoran tersebut. Semoga bermanfaat!

Baca:“Umur 4 tahun aku ‘dibuang’ dekat rumah kebajian, hanya ada sekeping gambar dan duit RM50 je yang ditinggalkan”