‘Tindakan sudah diambil, tiada toleransi di Johor’ – Pemangku Sultan Johor

Oleh DAHLIA MARZUKI

Pemangku Sultan Johor menegaskan bahawa negeri Johor tidak akan bertolak ansur dengan acara tidak senonoh

Dan lucah seperti yang tular baru-baru ini, melibatkan program Larian Antarabangsa Pan Asia 2024 di Desaru, Bandar Penawar, Kota Tinggi.

Menurut Tunku Mahkota Ismail, tindakan telah diambil terhadap pihak yang terlibat.

“Tindakan sudah diambil dan pesalah telah ditangkap. Tiada toleransi di Johor,” titah baginda menerusi aplikasi X HRH Crown Prince of Johor hari ini.

Sebelum ini, foto dan video berdurasi tujuh saat tular di Facebook komuniti,

'Tindakan sudah diambil, tiada toleransi di Johor' - Pemangku Sultan Johor

memaparkan insiden dari program Larian Antarabangsa Pan Asia 2024 yang diadakan di sebuah hotel di Bandar Penawar.

Dalam foto dan video tersebut, sekumpulan penari wanita dilihat membuat persembahan dengan pakaian yang mencolok mata.

Selain itu, terdapat juga peserta yang mengenakan pakaian yang menyerupai penyokong LGBT.

Program tersebut dianjurkan oleh Persatuan The Hash House Harriers.

BACA: Pernah tular sebagai peguam Siti Bainun, peguam syarie zahirkan sokongan kepada Fattah