Tindakan guru sanggup potong rambut pelajar penuh kutu di kepala dipuji

Tindakan guru sanggup potong rambut pelajar penuh kutu di kepala dipuji

Tindakan guru sanggup potong rambut pelajar penuh kutu di kepala dipuji. Seorang guru di Indonesia viral di media sosial apabila memuat naik video memaparkan dirinya sedang memotong rambut serta membersihkan kepala pelajarnya yang dipenuhi dengan kutu.

Menerusi beberapa video yang dimuat naik oleh Zera Az Zahra di TikTok, dia membawa seorang pelajar perempuan ke luar kelas dan meminta untuk duduk sambil rambutnya digunting sedikit demi sedikit.

Guru bukan hanya mengajar anak didiknya tapi menjaga kesihatan dan kebersihan pelajarnya juga.

Tindakan guru sanggup potong rambut pelajar penuh kutu di kepala dipuji

Namun, apa yang membuatkan netizen turut menggarukan kepala adalah rambut pelajar itu dipenuhi kutu. Dia juga meminta seorang guru lain membantunya untuk menyikat rambut kanak-kanak berkenaan.

Apabila ditanya sama ada si ibu tahu atau tidak bahawa rambutnya dipenuhi kutu, dia mengatakan ibunya tahu namun terlampau sibuk bekerja.

Tahu cikgu tapi ibu selalu sibuk bekerja.

@zeraazzahraSemangat anak cantik ,,, bu guru pantau terus sampai kamu bebas kutu🤗

♬ Ojo Di Bandingke – Denny Caknan

Difahamkan, pelajar terbabit memakai tudung setiap hari di sekolah sehingga menyebabkan rambutnya menjadi lembap dan kutu semakin membiak.

Di dalam video berkenaan turut kelihatan banyak kutu di atas alas yang dihamparkan malah ada yang masih hidup apabila disikatkan. Ujarnya, ia merupakan kali pertama dia mengendalikan pelajar yang mempunyai banyak kutu.

BACA:

Umur 23 tahun dah dapat hadiah Lambo RM1.5 Juta sempena birthday

Melopong gadis ni tahu harga bilik sewa KL ‘sekangkang kera’ ni

CATEGORIES