Timbalan Presiden Pas tanpa sedar hina guru Pasti

Oleh JUNITA ABD RAHIM

Bekas Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS Pusat, Khairuddin Aman Razali, berkata berdasarkan kenyataan

Dan perbandingan yang dibuat Tuan Ibrahim, ada pihak lain yang sepatutnya terasa, termasuk mereka yang berada dalam PAS sendiri.

Menurut bekas Ahli Parlimen Kuala Nerus itu, Tuan Ibrahim menyindir Anwar sebagai “malaikat” kerana tidak mengambil gaji untuk tugasnya dalam kerajaan.

Justeru, tambah Khairuddin, hujah tersebut mungkin digunakan Tuan Ibrahim sebagai dalil dan justifikasi untuk para pemimpin PAS

Ada yang mengambil gaji dan elaun, sama ada sebagai menteri, menteri besar, ahli parlimen, exco, atau pengerusi syarikat berkaitan kerajaan (GLS).

Timbalan Presiden Pas tanpa sedar hina guru Pasti

Sepatutnya, kata Khairuddin, pimpinan PAS perlu bersimpati dengan nasib pekerja-pekerja parti, termasuk kakitangan institusi pendidikan prasekolah mereka, Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti), yang diumumkan oleh sayap pemuda sebagai sukarelawan kerana dibayar gaji yang rendah.

“Guru-guru Pasti ini malaikat barangkali yang tidak makan dan minum, tidak ada rumah dan tiada kenderaan, hanya terbang dengan sayap.

“Begitu juga dengan pekerja parti di pejabat PAS yang menerima gaji kecil RM400 atau RM500 sebulan. Mereka juga malaikat barangkali.

“Jadi, sindiran Tuan Ibrahim sebenarnya merupakan sindiran kepada guru-guru Pasti dan pekerja parti yang atas nama perjuangan mengorbankan gaji mereka,” katanya dalam kenyataan santai hari ini.

Semalam, Tuan Ibrahim membangkitkan persoalan bagaimana Anwar memperoleh pendapatan dan berbelanja untuk keperluan harian jika dia tidak mengambil sebarang gaji daripada jawatan yang disandangnya.

Menurut Ahli Parlimen Kubang Kerian itu secara berseloroh, seorang rasul pun diberikan “peruntukan” oleh Allah untuk rezekinya, dan keadaan Anwar dianggap “lebih daripada rasul.”

“Saya rasa Tambun (Anwar) tak boleh berselindung di sebalik kenyataan dia tak ambil gaji […] sebab kalau tengok dari segi data yang ada, rasul pun ada peruntukan yang Allah bagi.

“Ini nampak lebih (hebat) daripada rasul ni. Mungkin dia malaikat kut, dia tak makan gaji,” katanya di Dewan Rakyat.

Menurut Khairuddin, guru-guru Pasti berkhidmat secara sukarela atas nama perjuangan PAS, manakala perdana menteri sekarang enggan mengambil gaji kerana berkhidmat dengan keyakinan perjuangannya.

“Mereka ini (guru Pasti) yang disindir oleh Tuan Ibrahim. Guru Pasti tak terasa ke?” katanya.

Tambah Khairuddin secara bergurau, dia turut “terasa” dengan sindiran Tuan Ibrahim semalam.

“Saya pun terasa juga kerana sukarela menjadi penasihat agama TPM (timbalan perdana menteri) tanpa gaji,” katanya.

BACA: Penetapan dasar penginapan hotel 23 jam, Presiden Persatuan Hotel Malaysia tampil bersuara