Timb Menteri dedah tiada lesen judi baharu dikeluarkan sejak 1990

Timb Menteri dedah tiada lesen judi baharu dikeluarkan sejak 1990

Kementerian Kewangan memaklumkan setakat ini kerajaan tidak mengeluarkan lesen baharu kepada syarikat perjudian di negara ini.

Timbalan Menteri Kewangan II, Mohd Shahar Abdullah berkata, sejak 1990, hanya satu lesen kasino dikeluarkan iaitu kepada Genting Malaysia Berhad.

Sementara, sebanyak 161 kepada syarikat, kelab dan persatuan; lima lesen induk kepada NFO serta 1,658 lesen kepada operator dan outlet NFO.

Selain itu, sebanyak tujuh lesen diberikan kepada peniaga mesin, katanya.

“Bagaimana kita mengawal perkara ini adalah kerajaan telah mengenakan terma dan syarat lesen dan permit yang perlu dipatuhi oleh operator perjudian berlesen.

“Bagaimana kita mengutip hasil adalah berdasarkan caj lesen atau permit cukai perjudian dan duti. Tiada lesen baharu sejak 1990,” katanya pada Sesi Perbahasan Pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Kewangan 2020, di Dewan Rakyat, di sini pada Rabu.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Ahli Parlimen Jempol, Datuk Mohd Salim Sharif.

Kedua-dua mereka meminta penjelasan mengenai usaha kerajaan untuk mengawal aktiviti perjudian dalam negara.

Mengulas lanjut, Mohd Shahar berkata bagi aktiviti perjudian haram pula, ia tertakluk di bawah bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Bagaimanapun, beliau mengakui bahawa jumlah aktiviti perjudian haram adalah melebihi daripada jumlah industri judi berlesen.

Berita penuh : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/tiada-lesen-judi-baharu-dikeluarkan-sejak-1990-timbalan-menteri-kewangan-273387

 

COMMENTS