Tiga kali menjanda, Britney Spears umum kahwin dengan diri sendiri

Oleh JUNITA ABD RAHIM

Penyanyi Hollywood, Britney Spears mencuri perhatian apabila mengumumkan hasrat

untuk berkahwin dengan dirinya sendiri menerusi satu hantaran di Instagram (IG).

Dalam perkongsian tersebut, Britney memuat naik rakaman video dirinya di hadapan kamera

sambil mengenakan gaun pengantin berwarna putih.

“Ini adalah hari di mana saya berkahwin dengan diri saya sendiri.

Tiga kali menjanda, Britney Spears umum kahwin dengan diri sendiri

“Saya rasa ini agak memalukan dan bodoh untuk diumumkan, tetapi ia adalah satu perkara hebat yang pernah saya lakukan.”

Namun, penyanyi yang terkenal menerusi lagu ‘Toxic’ dilihat menutup ruangan komen daripada para pengikutnya.

Sebagai informasi, Britney dan pasangannya, Sam Asghari, disahkan bercerai pada 2 Mei lalu selepas sekian lama tinggal berasingan.

Sebelum bersama Asghari, Britney juga pernah mendirikan rumah tangga dengan Kevin Federline dan Jason Allen Alexander sebelum berpisah.

BACA: ‘Formula Muhyiddin’ punca akar umbi Bersatu hilang kepercayaan kepada pimpinan – Penganalisis