Di sebalik pelbagai label dan olokan yang diberikan oleh sesetengah pihak terhadap Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal
, seorang ahli akademik melihat terdapat potensi besar pada ketua Pemuda Bersatu tersebut.
Menurut Profesor Sains Politik Universiti Sains Malaysia (USM), Ahmad Fauzi Abdul Hamid,
Beliau tidak menolak kemungkinan bahawa Wan Ahmad Fayhsal boleh melangkah lebih jauh dan memberi impak besar dalam politik.
Katanya, terdapat beberapa ciri berkualiti dalam diri Wan Ahmad Fayhsal seperti semangat yang tinggi, keberanian bersuara, dan keprihatinan terhadap nasib umat Islam di luar negara.
“Tidak mustahil Wan Ahmad Fayhsal boleh menjadi Anwar Ibrahim yang seterusnya,” kata pensyarah itu menurut laporan Malaysiakini.
Menurut Ahmad Fauzi, beliau melihat ada semangat intelektual yang mengagumkan dalam diri ahli parlimen Machang tersebut, kali terakhir beliau melihat pemimpin muda dengan potensi besar ialah semasa Anwar Ibrahim muda.
Semangat muda dan berapi-api Wan Ahmad Fayhsal mengingatkannya kepada Anwar sewaktu aktif dalam gerakan mahasiswa puluhan tahun lalu.
“Dia mampu membaca dan menganalisis karya-karya besar daripada pemikir dunia, ditambah pula dia merupakan anak murid kepada pemikir Melayu Islam, Syed Muhammad Naquib al-Attas,” katanya.
Wan Ahmad Fayhsal menjadi tumpuan ramai selepas dia digantung daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan baru-baru ini.
Sebelum itu, beliau telah membahaskan isu penjualan saham Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) kepada Global Infrastructure Partners (GIP) dan menggunakan surat layang untuk mengukuhkan dakwaannya.
Tindakan tersebut menjadikan Wan Ahmad Fayhsal dilihat sebagai seorang wira yang bersuara untuk kepentingan umat Islam, manakala pihak kerajaan dianggap cuba menyekat suaranya.
BACA: Cikgu pesan bawa gambar bunga rafflesia, lain pula jadi bila murid gunting RM10