Tidak boleh paksa orang terima suntikan vaksin – Dr. Pakar Penyakit Berjangkit

“Kita tidak boleh memaksa orang menerima suntikan vaksin”, itulah apa yang dikatakan Dr. Timothy William, Pakar Penyakit Berjangkit Hospital Gleneagle.

Beliau memberikan pendapat itu kepada Utusan Malaysia selepas kerajaan memutuskan untuk mengenakan sekatan dan larangan tertentu kepada golongan anti-vaksin.

Tidak boleh paksa orang terima suntikan vaksin - Dr. Pakar Penyakit Berjangkit

Dr. Timothy William

Walaupun kerajaan tidak memaksa rakyat untuk mendapatkan suntikan vaksin, tetapi apa yang dilakukan ketika ini turut dikira seperti memaksa.

Ini kerana golongan anti-vaksin akan terpaksa mengambil vaksin selepas banyak perkara tidak dapat dilakukan.

Namun, kerajaan berhak mengenakan sekatan atau larangan tertentu terhadap individu yang belum divaksin.

Tindakan melarang individu belum divaksi memasuki premis awam dan swasta serta larangan menggunakan pengangkutan awam akan membuatkan mereka terpaksa mengalah.

Akhirnya mereka terpaksa bersetuju dan mengambil vaksin.

Dr. Timothy bagaimanapun tetap menasihatkan mereka yang degil untuk mengambil vaksin. Ini bukanlah agenda tetapi wabak itu benar dan kita perlu melindungi diri dan keluarga.

BACA JUGA : Isu arak Timah bukanlah isu besar, hanya modal nak serang Pas – Tuan Ibrahim

CATEGORIES