Tupperware, yang dahulunya menjadi kegilaan ramai ibu, mungkin terpaksa akur bahawa syarikat ini tidak akan bertahan lama lagi di dalam pasaran.
Menurut laporan Berita Harian yang memetik Bloomberg, Tupperware Brands sedang bersiap sedia u
ntuk memfailkan kebankrapan seawal minggu ini, berdasarkan sumber yang mengetahui perancangan terbabit.
Saham syarikat itu jatuh sebanyak 15.8 peratus kepada 43 sen selepas waktu dagangan, selepas ditutup dengan penurunan 57 peratus.
Bloomberg melaporkan bahawa Tupperware kini merancang untuk memohon perlindungan mahkamah selepas
melanggar syarat hutangnya dan telah melantik penasihat kewangan serta perundangan.
Persiapan kebankrapan ini adalah hasil daripada rundingan panjang antara Tupperware dan pemberi pinjamannya, yang berkaitan dengan pengurusan hutang yang melebihi $700 juta (~RM2.9 bilion).