Tiba-tiba muncul batu nisan di saf depan dalam masjid ini, rupanya ini kisahnya disebalik batu nisan itu..

Oleh INFORAKYAT

Tiba-tiba muncul batu nisan di saf depan dalam masjid ini, rupanya ini kisahnya disebalik batu nisan itu..

Kuala Kangsar satu nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi, ia merupakan bandar bersejarah yang terletak di negeri Perak.

Ia sememangnya popular sebagai tempat pelancongan yang mengangkat industri produk tempatan dan kraf tangan sepeti labu sayong dan tekatan benang emas.

Tiba-tiba muncul batu nisan di saf depan dalam masjid ini, rupanya ini kisahnya disebalik batu nisan itu..

Malah tempat yang merupakan Bandar Diraja ini turut dikenali sebagai ‘kota ilmu’ kerana dipenuhi dengan institusi pendidikan seperti Madrasah Idrisiah (MIBCKK), Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Perempuan Kelsom, Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dan banyak lagi.

Hakikat sebagai tempat yang menyimpan seribu satu memori, pastinya ada banyak perkara menarik yang ada di sini. Antara tempat yang selalu disebut-sebut adalah Istana Bukit Chandan, Sungai Perak, Pavillion Tower, Galeri Arkeologi Istana Iskandariah dan banyak lagi malah ada antara tempat ini yang terbuku dalam silibus pengajian sejarah di sekolah kita, sungguh menakjubkan!

Namun, bagi anda yang baru berkunjung ke satu kawasan yang diberi nama Kota Lama Kanan dan singgah sebentar di masjidnya, jangan terkejut sekiranya melihat sebuah batu nisan yang terpacak betul-betul di saf hadapan. Manakan tidak, semestinya anda akan berasa hairan dan tertanya-tanya mengapa ada batu nisan di situ? Siapa pemiliknya? Kenapa ada sebuah batu sahaja?

Mungkin ramai yang sudah tahu akan kebenaran hal ini dan perkara sebenarnya.

Sebenarnya ia bukanlah batu nisan untuk menandakan ada jasad manusia disemadikan di saf paling hadapan dalam Masjid Kota Lama Kanan tersebut, akan tetapi ia adalah hanya sekadar batu peringatan untuk memperingati Sultan Mansur Syah 1 iaitu Sultan Perak yang ke 2pada tahun 1549 hingga 1577 yang didakwa ghaib ketika bersolat Jumaat di dalam masjid ini.

Sultan Mansur Syah 1 telah mangkat pada tahun 1577 dan kemangkatan baginda lansung tidak diketahui dengan sahnya.

Mengikut cerita yang diperturunkan, baginda yang sedang mengerjakan solat Jumaat di Masjid Kota Lama Kanan tiba-tiba ghaib dan hilang dan setelah sekian lama tanpa khabar berita, rakyat menyangkakan bahawa Sultan Mansur Syah 1 telah mangkat. Sejak itu, baginda digelarkan sebagai Marhum Kota Lama Kanan oleh penduduk setempat.

Sultan Mansur Syah 1 tidak mempunyai makam melainkan batu peringatan yang diceritakan di atas.

Batu peringatan Sultan Mansur Syah 1 yang tiba-tiba hilang ketika menunaikan fardhu Jumaat di masjid tersebut, sebuah batu nisan telah diletakkan di saf paling hadapan di dalam Masjid Kota Lama Kanan oleh Sultan Idris Murshidul Adzam Shah I iaitu Sultan Perak yang ke 28.

Masjid ini juga pernah dibakar oleh penjajah inggeris semasa berlaku perang Perak dalam tahun 1875 hingga 1876 dan dibina semula dalam tahun 1916. Masjid ini terletak di Kampung Batang Kulim di Kuala Kangsar, Perak.

BACA: Kerana bom atom, 200 ribu orang jadi mangsa, ini kisah juruterbang yang meletupkan bandar Hiroshima