“Tiap malam kakak aku keseorangan dirumah, rupanya abg ipar ada skandal, aku nekad beritahu kakak tapi lain pula jadi”

Oleh INFORAKYAT

“Tiap malam kakak aku keseorangan dirumah, rupanya abg ipar ada skandal, aku nekad beritahu kakak tapi lain pula jadi”.

Hari tu abg ipar kantoi dekat pam minyak dengan aku bawak perempuan lain. Kali ni dekat uptown plk denga betina lain.

Malam2 siap lentok2 lagi. Aku nekad balik rumah nak bagi tahu kakak. Bila aku bagi tahu ini pulak reaksi kakak.

"Tiap malam kakak aku keseorangan dirumah, rupanya abg ipar ada skandal, aku nekad beritahu kakak tapi lain pula jadi"

Aku pulak suruh kakak balas curang tp jawapan kakak buat aku kesal..

Aku bukan nak luah pasal diri aku, sebab aku belum kahwin, tapi aku nak story kisah kakak aku, memandangkan aku satu2 nya adik dia, maaf cerita agak panjang,

kakak aku tak main fb jadi aku ambil kesempatan kat sini bagi pihak dia.

Mana tahu korang ada pendapat atau nasihat untuk kakak aku. At least aku boleh sampaikan pada kakak aku. Okay, kakak aku baru 23, husband dia 25, 3 tahun dah kahwin belum ada anak, dorang tinggal berdua je.

Sebelum kahwin kakak tak ada kawan lelaki yang special sebab kakak rapat gegila dengan abah, punyalah susah payah husband kakak nak dapatkan kakak dulu, dalam 5 bulan husband kakak ngorat tak silap, dapat tawan hati kakak, bukan apa, kakak takut sebab kakak aku ni bagi aku lain, konon lah, bila semua orang buat a, dia sorang je buat b,

Kakak suka termenung, dia suka buat hal dia sorang2, kakak tak pandai makeup, selalu kalau shoping kat mall mesti dia hilang, dah tu hp tak reti nak bawak, sebab kakak aku tak suka jalan bawak handbeg, pokoknya kakak aku tak ada ciri perempuan sekarang yang suka melawa, makeup macam hantu kak limah,

Husband kakak selalu busy kerja, husband kakak tak bagi kakak kerja sebab takut ada orang syok kat kakak.

Husband kakak ni tak pernah lepas tanggungjawab pada kakak nafkah cukup, hujung minggu kakak dengan husband dia kemas rumah sama2, masak, and whatsoever lah sampaikan ada mata2 yang jeles dengan kakak, kata husband dia belakon je, padahal ada betina lain, kakak aku ni pulak malas layan bila orang kata husband dia bukan2,

Sampai lah satu hari aku nampak kereta husband kakak dekat pam minyak, aku usha je dari dalam kereta, aku nampak perempuan keluar dari pintu sebelah pemandu pergi toilet, aku tak expect apa2 sebab aku fikir partner tempat kerja ke kot, ahh persetan semua itu, dorang bla aku follow sampai lah ke e@c**, bang*** aku nampak depe jalan berpegangan tangan, aku rasa nak tumbuk jantan keparat tu, takpe ,aku pendam dulu,

Lepas berapa bulan kejadian tu, aku decide nak tidur rumah kakak dua ke tiga hari sebab tengah study week seminggu, cuma nak usha jantan tu je, aku perati depe ni boleh tahan mesra macam tak ada apa2 berlaku, tapi takpe, teruskan perati, bila jantan tu pergi kerja aku nampak kakak kemas rumah as usual, surirumah katakoo, then kakak buat cheesecake senyum2.

Aku tanya kenapa, kakak cakap husband dia suka cheesecake, jila**, jantan tu suka cheesecake rupanya, sepanjang aku duduk rumah kakak tak ada apa yang berlaku, bahagia je aku tengok, jadi aku tak sampai hati nak cerita, aku pun balik rumah parents malam tu,

Guess what? Kejadian yang sama, baru berapa hari lepas jantan tu berbahagia dengan kakak aku ,aku nampak lagi jantan tu, kali ni kat uptown, aduhh dengan betina lain pulak, s*l betul, bukan main betina tu lentok2 kepala kat bahu jantan tu, dah lah tengah malam beb, kakak aku sesorang kat rumah, apa korang rasa wei?

Hati aku panas, rasa nak tumb0k jantan kepar* tu, aku nekad nak cakap kat kakak aku face2face, tapi aku tangguh dulu sebab aku kena balik kolej lusanya tu.

Sepanjang kat kolej aku teringat kakak, aku sedih pada kakak aku sampai aku termenung2 masa study, selesai je final exam terus aku packing barang tak fikir apa dah gerak lu pape roger , aku tak balik rumah parents tapi aku terus pergi rumah kakak,

jumaat petang aku sampai, jantan tu tak balik kerja lagi, aku cerita kat kakak tentang apa yang aku nampak, luluh hati aku bila kakak cakap “kakak dah tau sebelum ko tau dik”, apakahhh???

Baru lah aku tau, kakak dah tau jantan tu curang, kakak cerita sebelum kahwin kakak tau jantan tu kaki betina sebab kawan jantan tu bagitau kakak, aku marah kakak kenapa kahwin juga kalau dah tau?? Kakak kata nak bagi peluang, mana tau berubah bila dah kahwin, lagipun kakak nampak effort jantan tu nak sangat kat kakak and berani jumpa abah.

Heh, tahi itu semua, then aku tanya dah kahwin ni mana tau? Kakak aku kata husband dia tu pergi outstation, kakak amik hp (handphone) jantan tu senyap2 then scan wasap ,ntah lah aku tak faham yang ni ,tapi kakak aku tunjuk hp kakak then buka whatapp, aku pelik aih, rupanya wasap jantan tu kakak on, patutlah kakak tau semuanya dari a to z, keluar dengan siapa, pergi mana kakak tau,

Jantan tu pun tak syak apa2 kalau kakak baca wasap jantan tu, kiranya macam hack lah, aku baca semua wasap jantan tu dengan betina itu ini, dari yang sexy sampailah bertudung, ada betina yang gedik2 wish good night ,rindu, siap bagi gambar lentok sana lentok sini, eii sumpah jijjk.

Waktu wasap pulak mesti waktu jantan tu tak ada kat rumah, brengs** pandai pulak cari masa untuk chat betina lain sebab kat rumah atau waktu kakak dengan jantan kakak bercuti tak main hp langsung.

Jilak*, betina2 harem jadeh murahan yang sangap suami orang ni lah buat aku scary nak kahwin, aku tanya kenapa kakak stay? Kakak kata itu lah lelaki yang dia cinta selain abah, dan lelaki tu juga syurga kakak, tempat kakak bergantung, aduhhh aku sedih tengok kakak, kakak masih mampu senyum, tetap jalankan kewajiban sebagai isteri walaupun hati kakak terluka.

Aku tak tau sampai bila kakak kena pura2 bahagia bersama jantan tu walhal hati dia, ya allah, kakak sangat cintakan husband dia tu, aku nak suruh kakak berpisah je tapi aku sedih, dah lah kakak satu2 nya kakak aku, aku suruh kakak curang ,kakak tempek aku, sebab dia taknak jadi isteri derhaka, adoii kakak.

Kakak cakap as long as layanan husband kakak pada kakak tak berubah, mana taknya, selalu layan kakak macam queen, bagi hati kakak berbunga2 selalu, tapi belakang kakak ada betina lagi, pund** jantan talam dua muka

, dari bunga jadi tahi. Bukan nak puji kakak sendiri, tapi kalau korang tengok kakak aku ,aku rasa mesti korang suruh kakak bla je dari jantan tu sebab kakak memang ada rupa, sikap positif kakak pun buat orang senang dengan dia tapi kakak pilih stay and setia. Dahh penat taip cerita kakak.

Conclusionnya

Aku mohon perempuan2 diluar sana tolonglah jangan murah sangat, sanggup ke korang hancur kan hati perempuan lain? Lagi2 isteri orang, betina yang mengganggu rumah tangg orang tu aku nak tanya ko, ko dah terdesak sangat dengan belayan lelaki2 yang bergelar suami orang ke? Aku single kut, bhaaa. Ha, kepada betina murahan, cuba kena kat tempat ko, ingat ye, bumi berputar, allah maha adil,

BACA:

Kerana inflasi yang melampau! Duit dah tiada nilai, urusan jual beli bayar dengan bawang

Kenapa buah-buahan dari Thailand selalu ada tak kira musim, rupanya ini rahsia mereka
.