Tiada sesiapa kebal dari Covid-19, SOP tidak perlu berbeza-beza

Tiada sesiapa kebal dari Covid-19, SOP tidak perlu berbeza-beza

Aku suka bila Dr Dzul respon terhadap kuarantin 3 Hari khas kepada Menteri mengikut Seksyen 29 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit, apakah fakta Sains disebalik tindakan tersebut Menteri diberikan keistimewaan..

Antara jawapan paling Popular penyokong hatta cerdik pandai dalam Kerajaan, Persekitaran, Kawalan kepada menteri berbeza dengan orang awam.. Jika itu fakta dan alasanya.. Bagaimana pula rekod sebelum ini Menteri2 yang didapati positif Covid-19 ? Hatta Menteri Agama yang melawat Sabah dalam PRN atas urusan Rasmi tetap dijangkiti Covid-19..

Dimana kawalannya ? Dimana persekitaran Selamat ? Hatta Menteri Keselamatan Dalam Negeri KDN jua dijangkiti Covid1-9..Jika ikut persekitaran selamat..Bagunan Menteri Putrajayalah sepatutnya tempat paling selamat..Tetapi Pejabat Putrajaya itu juga terdedah kepada Resiko…

Tidak ada beza resiko Covid-19 itu kepada Menteri atau orang awam.. Sama.. hatta dia seorang Ulama’..Mantan Mufti pun tak kebal dari wabak Covid-19.. Jika alasan Menteri hadapi SOP dan persekitaran berbeza ketika lawatan rasmi itu hanya alasan..yang mereka kebal adalah dari sudut hukuman dan tindakan dari pihak berkuasa..Itu jelas mereka jauh lebih kebal dari rakyat Marhaen..

Kadang aku heran dengan Penasihat Kesihatan ni hatta Ketua Pengarah Kesihatan sendiri.. Sudah sudah lah mempertahankan Kerajaan yang benar benar gagal.. Bukan saja Menteri sendiri agal patuhi SOP..tetapi gagal menguruskan Ekonomi dan Pendemik..

Ipohmali

COMMENTS