Tiada sabotaj !!! Itu jaminan PKR

Tiada sabotaj !!! Itu jaminan PKR

PKR Sabah yakin tidak akan ada unsur sabotaj terhadap calon Warisan Plus walaupun mereka hanya mendapat 7 daripada 14 kerusi yang diumumkan sebelum ini.

Ketuanya, Christina Liew, berkata kini fokus mereka hanya untuk memenangi semua kerusi.

“Kita telah melalui 3 fasa. Pertama kami mengadakan perbincangan dalam kalangan kami. Kedua, kami berbincang dengan rakan parti lain, dan ketiga ialah kami di sini sekarang.

“Sekarang kami berada dalam fasa ketiga dan saya tidak akan menjawab sebarang soalan selain dari fasa ketiga ini. Selepas hari ini, kita akan duduk bersama dengan semua pemimpin PKR Sabah, ketua-ketua cabang dan kita akan rancang strategi untuk maju ke depan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan watikah kepada calon parti itu di pejabat PKR Sabah hari ini.

Turut hadir Ketua Penerangan Shamsul Iskandar.

PKR mempertaruhkam 2 muka baharu pada PRN nanti, iaitu Alijus Sipil yang akan bertanding di Tamparuli dan Peto Galim yang akan mempertahankan kerusi Inanam, yang dimenangi PKR pada pilihan raya umum (PRU) lalu.

Sementara itu, Christina akan mempertahankan kerusi Api-Api, manakala Ketua Pemuda PKR Sabah, Raymond Ahuar, mencuba nasib di Sook selepas tewas di Parlimen Pensiangan pada PRU lalu.

Lain-lain calon yang akan bertanding ialah Mustapha Sakmud di Tempasuk, Sazalye Donol Abdullah (Matunggong) dan Abdul Rahman (Klias).

Pada PRU lalu, PKR hanya memenangi 2 daripada 8 kerusi yang ditandingi.

Selain Christina yang memenangi kawasan Api-Api, satu lagi kerusi ialah di Inanam yang dimenangi Kenny Chua.

Bagaimanapun Kenny dipecat daripada PKR selepas beliau menyokong Musa Aman untuk menjadi ketua menteri pada Julai lalu.

Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/09/11/pkr-sabah-yakin-tiada-unsur-sabotaj/

COMMENTS