Tiada rumah? Apply dekat bank tak lulus? Cuba mohon Rumah Harapan Rakyat Negeri Sembilan, Mohon Segera!. Dalam usaha membantu golongan B40 yang masih belum memiliki rumah,
Kerajaan Negeri Sembilan memperkenalkan Program Rumah Harapan Rakyat bermula pada tahun 2021.
Menurut Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Haji Aminuddin Haru, inisiatif rumah harapan rakyat diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan rendah
dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang lebih sempurna dan selesa.
Apa Itu Rumah Harapan Rakyat?
Kerajaan Negeri Sembilan telah memperkenalkan Program Rumah Harapan Rakyat bermula pada tahun 2021.
Program ini adalah kemudahan pinjaman tanpa faedah untuk membina satu (1) unit rumah untuk golongan B40 yang masih belum memiliki rumah dan ingin membina rumah di atas bidang tanah masing-masing.
Objektif Rumah Harapan Rakyat
Rumah Harapan Rakyat Negeri Sembilan
Harga Rumah dan Pinjaman Pembiayaan
Bagi tahun 2022, harga seunit rumah yang akan dibina adalah sebanyak RM78,000.00, manakala amaun pinjaman pembiayaan oleh pemohon adalah sebanyak RM70,000.00 sahaja.
Pinjaman pembiayaan ini adalah tanpa faedah dan bayaran balik selama 300 bulan (25 tahun).
- Harga Seunit – RM78,000.00
- Pinjaman Pembiayaan – RM70,000.00
- Bayaran Deposit 5% – RM3,500.00
- Bayaran Balik – RM222.00 sebulan selama 300 bulan (25 tahun)
- Bayaran Balik Pinjaman RHR
- Pinjaman Pembiayaan
- Bayaran Balik Pinjaman RHR
- Pinjaman Pembiayaan
- Pinjaman Pembiayaan
- Syarat-syarat Permohonan
- Warganegara Malaysia berumur 21 hingga 50 tahun (keutamaan kepada anak Negeri Sembilan).
- Bujang dan berkahwin (keutamaan kepada yang telah berkahwin)
- Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM4,000.00 sebulan.
- Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri atau rumah yang didiami terlalu uzur dan tidak selamat didiami.
- Memiliki tanah sendiri (HAK MILIK/PERKONGSIAN) sahaja. Tanah tersebut hendaklah bersesuaian bagi pembinaan rumah dan bebas dari gadaian/bebanan ke atasnya.
- Keluasan minimum tanah adalah tidak kurang 2,500 kaki persegi.
- Tanah untuk tapak rumah mestilah dalam keadaan sedia untuk pembinaan. Keadaan bentuk muka bumi adalah rata serta bebas daripada sebarang halangan dan tumbuhan liar
- dan boleh diakses oleh kenderaan berat.
- Keutamaan kepada pemohon dalam kategori miskin tegar atau miskin yang berdaftar dalam sistem e-Kaseh.
- Nota: Sebarang pengecualian kepada syarat-syarat permohonan yang telah dinyatakan adalah tertakluk kepada kelulusan/pertimbangan Panel Pelulus Rumah Harapan Rakyat.
Cara Memohon
Pemohon boleh memuat turun Iklan, Nota Maklumat dan Borang Permohonan di pautan berikut:
https://www.pknns.gov.my/inisiatif/program-rumah-harapan-rakyat-negeri-sembilan
Borang Permohonan
Borang Permohonan Rumah Harapan Rakyat (RHR) 2022Download
Borang permohonan ini juga boleh diperolehi secara percuma di Bahagian Pengurusan Strategik PKNNS.
Borang dan dokumen yang lengkap perlu diserahkan ke alamat berikut;
Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan
Bahagian Pembangunan Strategik
23-H, Tingkat 1, Jalan Zaaba 70100, Seremban
Negeri Sembilan Darul Khusus.
Tel : 06-7616871 (2 Lines)
Faks: 06-7616877
RUMAH HARAPAN RAKYAT TAHUN 2022
Dokumen Yang Diperlukan
1. Salinan Kad Pengenalan Pemohon
2. Salinan Kad Pengenalan Pasangan (Isteri/Suami)
3. Salinan Kad Pengenalan Penjamin
4. Salinan Sijil Nikah / Salinan Daftar Perkahwinan / Sijil Cerai / Sijil Kematian
5. Salinan Kad Pengenalan atau Sijil Lahir / Mykid anak atau tanggungan
6. Salinan penyata akaun bank 3 bulan terkini pemohon
7. Salinan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) (Jika berkaitan)
8. Slip Gaji Terkini Pemohon – 3 bulan terakhir
9. Slip Gaji Terkini Pasangan (Isteri/Suami) – 3 bulan terakhir (Jika berkaitan)
10. Surat Pengesahan Pendapatan yang telah lengkap diisi dan disahkan (Jika berkaitan)
11. Penyata KWSP Pemohon (Jika berkaitan)
12. Penyata KWSP Pasangan (Isteri/Suami) (Jika berkaitan)
13. Gambar rumah terkini (Jika ada)
14. Gambar tapak cadangan
15. Salinan Hakmilik Tanah
16. Salinan Sijil Carian Rasmi
17. Pengesahan Ketua Adat (Jika berkaitan)
18. Surat Akuan Kebenaran Pemilik Tanah (Jika berkaitan)
Nota: Semua dokumen Salinan hendaklah disahkan oleh Pegawai yang berkelayakan (Pegawai Kerajaan Kumpulan A / Pengetua / Guru Besar / Guru Penolong Kanan / Wakil Rakyat / Penghulu / Ketua Kampung / PengerusiMPKK)
Tarikh Permohonan
Permohonan program rumah harapan rakyat ini dibuka mulai 15 Februari 2022 sehingga 30 April 2022.
- Tanggungjawab Pemohon
- Mengisi dan melengkapkan borang permohonan;
- Menandatangani perjanjian pembiayaan dan membayar duti setem;
- Membuat pembayaran deposit 5% (RM3,500.00);
- Menyediakan jalan keluar masuk ke tapak pembinaan mengikut spesifikasi;
- Menyediakan dan membuat penyambungan sumber bekalan air dan elektrik; dan
- Membuka akaun dan membuat pembayaran bulanan
BACA:
Rupanya Negeri Sembilan ada tabung pembangunan untuk usahawan yang ramai tak tahu? Ini ceritanya
Kerana mulut badan binasa, Hadi Awang disiasat Unit Siasatan Jenayah Bukit Aman