Tiada rakyat akan ditinggalkan jika kerajaan optimakan penggunaan teknologi

Tiada rakyat akan ditinggalkan jika kerajaan optimakan penggunaan teknologi

Saya nak kongsi sedikit pengalaman bagaimana media sosial mengubah cara misi bantuan disampaikan.

2 malam lepas, saya menerima satu permohonan bantuan melalui messenger pada pukul 2 pagi. Pemohon tersebut duduk di Kangar. Kebetulan saya belum tidur dan menjawab serta mendapatkan butiran alamat.

Lalu saya pun hantar WhatsApp kepada Pengerusi DAP Perlis, Sdr Teh Seng Chuan untuk meminta bantuan beliau untuk uruskan permohonan tersebut.

Sdr Teh jawab mesej saya pada 7 pagi dan terus ambil tindakan. Maka, bantuan barangan asas pun dapat disampaikan kepada pemohon tersebut sebelum tengahari pada hari yang sama. Saya rakamkan terima kasih kepada Sdr Teh atas komitmen beliau.

Bayangkan, jarak antara Seremban dengan Kangar lebih 550 km. Namun, dengan sedikit koordinasi, bantuan dapat disampaikan kepada pemohon kurang daripada 10 jam.

Yang saya nak tekankan di sini ialah kalau semua jabatan dan agensi kerajaan mengoptimakan penggunaan teknologi maklumat dan media sosial, saya yakin kerajaan benar-benar boleh mencapai “no one will be left behind”.

Sumber:

COMMENTS