Tiada lagi JoHaRa Pagi Era, Johan bawa haluan sendiri. Stesen radio Era mengumumkan 3 Pagi Era sebagai segmen pagi baharu mereka bagi menggantikan JoHaRa Pagi Era yang sudah ke udara selama 10 tahun.
Segmen pada sebelah pagi itu bakal menampilkan gandingan tiga penyampai iaitu Nabil Ahmad, Azad Jasmin dan Radin yang akan menggantikan Johan, Haniff dan Ray.
Menurut Pengurus Kandungan Era, Hani Fadzil, perubahan dan penjenamaan semula itu dibuat memandangkan pihak stesen merasakan sudah tiba masanya untuk mula bergerak ke arah perubahan.
“Kami merasakan sudah sampai masanya untuk bawa perubahan baharu pada pendengar yang selama ini menyokong kami sehingga menjadikan Era terus kekal sebagai stesen radio nombor satu di Malaysia,” katanya pada Majlis Pengenalan Personaliti Baharu Era yang berlangsung di Tiffin At The Yard, Sentul Depot, hari ini.
Jelasnya, segmen 3 Pagi Era itu bukanlah sebagai pengganti kepada JoHaRa Pagi Era, namun ia sebagai penerus legasi kepada segmen yang pernah memenangi beberapa anugerah itu.
Selain itu, Hani tetap menaruh kepercayaan terhadap keberkesanan yang mampu dihadiahkan oleh gandingan penyampai kali ini.
“Kita tak boleh lari kalau orang buat perbandingan dengan JoHaRa tapi kehadiran Nabil, Azad dan Radin bukan untuk menggantikan mereka, sebaliknya terus menyambung legasi JoHaRa.
“Saya percaya gandingan Nabil, Azad dan Radin ada kekuatan yang tersendiri,” katanya.
Sementara itu, Radin mengharapkan gandingannya bersama Nabil dan Azad mampu mendapat tempat di hati pendengar selain terus optimis untuk melangkah ke hadapan.
“Sudah tentu kita tak boleh nak menidakkan ada orang yang suka dan akan ada yang tak suka sebab radio ini subjektif. Tapi saya harapkan kombinasi antara kami dapat berikan yang terbaik.
“Saya juga perlu bergantung kepada Nabil dan juga Azad, walaupun pada hakikatnya saya yang perlu menjaga mereka. Kami akan terus memandang ke hadapan untuk permulaan baharu Era ini,” katanya.
Selain 3 Pagi Era, beberapa segmen lain turut akan disiarkan, antaranya Port-Era, Gempak Hit Era, 101 Era, Daebak Era, dan Hujung Minggu di Era.
Bercakap mengenai ketiadaan Johan dalam keluarga besar Era, Hani berkata mereka mengadakan berbincang dan akhirnya mengambil keputusan untuk membawa haluan masing-masing.
BACA:
Prihatin barang makin naik, kerajaan naikkan gaji minimun 5%
MOF keluar arahan baru, minta kerajaan buat penjimatan besar-besaran
‘Hilang’ dalam majlis lantik duta di Istana, akhirnya Tajuddin buka mulut
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio